Friday, 31 July 2015

Siri 8/9: Sebelas Paku Tergantung


Percubaan yang menarik ini kelihatan sukar. Tetapi, jangan risau kerana kesan imbang balas akan melakukan semua kerja-kerja yang sukar untuk anda. Apa yang anda perlu buat ialah duduk dan lihat audiens anda tergamam dengan kebolehan anda! Adakah anda bersedia untuk membuat imbangan paku yang sempurna? 


Kredit foto : www.stevespanglerscience.com

Apakah yang diperlukan?
12 batang paku
Satu blok kayu dengan lubang paku

Apakah yang perlu dibuat?
1. Dirikan paku yang pertama di atas blok kayu. Gunakan lubang itu untuk memasukkan bahagian paku yang tajam. Bahagian kepala paku yang tumpul itu harus berada di atas.
2. Baringkan paku yang kedua di atas meja.
3. Letakkan kepala paku yang ketiga, keempat, kelima, keenam, ketujuh, kelapan, kesembilan, kesepuluh dan kesebelas di sepanjang paku yang kedua secara berselang-seli.
4. Letakkan paku yang terakhir, paku yang keduabelas di atas kepala paku-paku yang disusun tadi. Letakkannya terbalik dan bertentangan posisinya dengan paku yang kedua.
5. Angkat perlahan-lahan paku-paku itu dengan memegang paku yang paling bawah (paku kedua) dan paku yang terakhir (paku yang kesebelas).
6. Letakkan paku-paku itu di atas kepala paku yang pertama yang berdiri di atas blok kayu.

Apakah yang berlaku? 
Jika ia dilakukan dengan berhati-hati, anda akan berjaya meletakkan kesemua 11 paku itu di atas kepala paku yang pertama. Ia sesuatu yang nampak mustahil dan menakjubkan tetapi ia boleh dilakukan! 

Paku-paku itu tidak jatuh kerana setiap satunya mengimbang balas (counterbalance) di antara satu sama lain. Berat paku yang terletak di satu bahagian diimbangi pula oleh berat paku di satu bahagian yang lain.

Paku yang teratas dan juga paku yang keduabelas diletakkan melintang hanya membantu untuk "memegang" kesemua paku-paku yang tergantung itu ditempatnya.

Dalam medan graviti atau gravitational field, sebarang objek akan berada di dalam keadaan yang paling stabil apabila pusat jisimnya adalah serendah yang mungkin. Pusat jisim himpunan paku itu berada di bawah takat sokongan dan adalah paling rendah apabila ia seimbang. 

Jika paku-paku itu terbuai ke satu bahagian, pusat jisimnya akan naik sedikit. Daya graviti akan segera "memulihkan" keadaan dan bertindak untuk membawa himpunan paku itu ke arah keseimbangan semula.


Kredit foto : http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/c/c4/Simple_Crane_diagram..png/400px-Simple_Crane_diagram..png

Tahukah anda?
Kren menggunakan konsep yang sama. Ia mengimbang balas dengan pemberat di bahagian bertentangan kren sewaktu ia beroperasi untuk mengangkut atau mengambil sesuatu. Jika tiada pemberat untuk mengimbang balas berat kren, ia pasti akan terbalik!


Ikuti kesemua 9 siri “Ilusi dan Sains”  seperti berikut:-

Siri 9/9 : "Pepejal + Cecair = Gas!"


Kunjungi pameran Illusion: Nothing Is As It Seems dan Lihat Dunia Berubah Di Depan Mata Anda di Petrosains, KLCC dari 4 September 2015 - 10 Januari 2016!
Maklumat lanjut boleh didapati di  




Shared by Nor Azhar Ishak
Guest Blogger

No comments:

Post a Comment