Thursday 4 June 2020

Merancang Lawatan ke Petrosains?



Petrosains, The Discovery Centre terletak di Menara Berkembar PETRONAS yang merupakan destinasi menarik untuk semua peringkat usia  menawarkan tiket harga mampu beli agar semua masyarakat dari pelbagai latar belakang secara tidak langsung dapat mempelajari sains dan teknologi dengan cara yang efektif dan menyeronokkan.

Waktu Beroperasi

HARI
MASA
ISNIN
TUTUP
(kecuali cuti sekolah)
SELASA - JUMAAT
9.30am – 5.30pm
(Kemasukan terakhir: 4.00pm)
SABTU, AHAD & CUTI UMUM
9.30am – 6.30pm
(Kemasukan terakhir: 5.00pm)



Bayaran Masuk

WARGANEGARA
BUKAN WARGANEGARA
Kanak-kanak
( 2 tahun kebawah)
Percuma
Kanak – kanak
(3 – 12 tahun)
RM7.50
RM16.50
Dewasa
(13 – 60 tahun)
RM18.50
RM28.00
Warga Emas
(61 tahun ke atas)
RM9.00
RM14.00



Petrosains, The Discovery Centre adalah tempat yang sesuai untuk anda membawa seluruh keluarga untuk mencuba pelbagai permainan dan pameran yang ada di sini. Untuk maklumat lanjut, sila layari  www.petrosains.com.my!




Posted by Al-Ruqaiyah
Guest Blogger


Serlahkan Kreativiti Anda di Maker Studio!



Maker Studio adalah tempat di mana anda boleh berimaginasi tanpa batasan. Sesuai untuk kanak-kanak berusia 8 tahun ke atas untuk melalui pelbagai siri interaktif, inovatif dan bengkel-bengkel yang berwawasan. Mereka boleh mencipta projek sains mereka dengan cara yang luar biasa – termasuk mengkod pergerakan Rover Marikh dan mencipta buah tangan fabrik mereka sendiri.


Maker Studio menawarkan pembelajaran melalui kaedah interaktif dan mengasah kemahiran peserta sendiri dalam mencipta, membina dan mereka cipta.


Lawati Maker Studio berdekatan dan kembangkan kreativiti anda!


Maker Studio, Petrosains, Kuala Lumpur
KLCC, 4 Suria, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur

Maker Studio, PlaySmart Kuantan
Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Jalan Kemunting, Tanah Putih 25100 Kuantan, Pahang

Maker Studio, PlaySmart Johor Bahru
Perbadanan Perpustakaan Awam Johor, Lot 197, 45, Jalan Yahya Awal, 80100, Johor, 80100

Maker Studio, Tanjung Aru
Perpustakaan Tanjung Aru, Level 2, Pekan Tanjung Aru, 88100 Kota Kinabalu, Sabah

Maker Studio, PlaySmart Kuching
Dewan Suarah, Jalan Taman Budaya, Panggung Udara, 93000 Kuching, Sarawak


Untuk sebarang maklumat lanjut, layari www.petrosains.com.my






Posted by Ain Aqila
Guest Blogger

10 Leopard Facts!




Source:
1. https://www.natgeokids.com/uk/discover/animals/general-animals/leopard-facts/ 





Posted by Al-Ruqaiyah
Guest Blogger

Apa Perbezaan Mineral dan Kristal?


Tahukah anda apa perbezaan mineral dan kristal? Atau kedua-dua ini sebenarnya suatu pepejal yang sama?


Sebenarnya mineral boleh didapati di permukaan bumi dan di bawah tanah. Terdapat sejumlah besar mineral yang mampu dikenal pasti dengan mengkaji warna, bentuk, struktur dan sifat mereka. Emas dan perak antara contoh mineral yang berkilat tetapi ada juga sesetengah mineral yang tidak berkilat. Sebenarnya mineral boleh didapati di permukaan bumi dan di bawah tanah. Terdapat sejumlah besar mineral yang mampu dikenal pasti dengan mengkaji warna, bentuk, struktur dan sifat mereka. Emas dan perak antara contoh mineral yang berkilat tetapi ada juga sesetengah mineral yang tidak berkilat.


Manakala, kristal pula mempunyai struktur yang agak rumit. Kristal diatur dengan atom, molekul atau ion mengikut cara yang tertentu. Oleh itu, turutannya panjang. Kristal dikategorikan mengikut sifat fizikal dan kimia mereka. Kristal boleh mempunyai bentuk dan warna yang berbeza. Oleh kerana nilai estetiknya tinggi, ia digunakan untuk membuat perhiasan. Secara ringkasnya, kebanyakan mineral adalah kristal tapi tidak semua kristal adalah mineral. 

Pelbagai pameran interaktif yang disediakan untuk anda

Sambil menyelam, minum air! Banyak lagi informasi tambahan di sekitar pameran Geotime Diorama, Petrosains mengenai kedua-dua sebatian ini juga tentang penghuni terumbu karang, lapisan batu dan fosil  bagi menambah kefahaman anda dalam dunia geologi.





Posted by Ain Aqila
Guest Blogger

Wednesday 3 June 2020

Reka Cipta di Petrosains!


Reka cipta dan aktiviti berasaskan ‘hands-on’ sudah semestinya disediakan kepada sesiapa sahaja yang berkunjung ke Petrosains. Antaranya adalah belajar tentang koding mudah dan ‘LED Race’. 


Interaktif, ruang yang mesra komuniti di mana semua orang boleh mereka cipta, belajar, meneroka sains, teknologi, kemahiran kejuruteraan menggunakan pelbagai alatan dan bahan. 


Pendedahan STEM (Science, Technology, Engineering & Mathematics) dalam kemahiran digital menjadi salah satu tarikan di Petrosains. Bengkel-bengkel ini sangat sesuai untuk semua peringkat usia menerokai ilmu dalam pelbagai cabang sains.


Jangan lupa untuk mengalaminya sendiri apabila anda berkunjung ke Petrosains!





Posted by Ain Aqila
Guest Blogger

Tindak Balas Manusia Terhadap Rangsangan Dalam Permainan Tradisional Kaum Punjabi


Malaysia sebuah negara yang berbilang kaum. Selain tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India, terdapat juga kaum Punjabi. Seperti kaum-kaum lain, orang Punjabi juga mempunyai permainan tradisional sendiri. 

Permainan tradisional yang terkenal dalam kalangan orang Punjabi ialah Kokla Chapaki yang dimainkan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan. Semua pemain akan duduk dalam bulatan. Pemain pertama akan memegang kain dan berjalan mengelilingi bulatan itu sambil menyanyi. Kemudian, kain itu akan diletakkan di belakang mana-mana pemain yang duduk dalam bulatan. 



Jika pemain itu menyedari kain itu berada di belakangnya, dia perlu bangun, mengambil kain itu lalu mengejar pemain pertama tadi sebelum pemain pertama itu duduk di tempat yang ditinggalkan oleh pemain kedua. Di sini ada perkaitan tentang tindak balas manusia terhadap rangsangan iaitu organ deria yang dikenali sebagai reseptor menghasilkan impuls saraf akan dihantar ke otak manusia. Otak manusia akan menerima dan mentafsir maklumat tersebut lalu akan menentukan apa yang perlu dilakukan melalui impuls saraf ke efektor berkenaan. Efektor adalah bahagian badan yang melaksanakan gerak balas seperti dalam permainan ini di mana pemain yang diletakkan kain dibelakangnya perlu bangun dengan segera.

Permainan ini hanya memerlukan sehelai kain sahaja seperti sapu tangan atau selendang.

Sekiranya pemain kedua itu tidak menyedari kain itu berada di belakangnya, pemain pertama akan membuat satu pusingan lagi, mengambil kain itu dan memukul pemain kedua. Pemain kedua pula akan berlari untuk membuat satu pusingan dan cuba sampai ke tempat duduknya semula sebelum terkena pukulan sekali lagi. 





Posted by Ain Aqila
Guest Blogger

Tips Menjimatkan Penggunaan Bateri Telefon Pintar


Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa bateri telefon anda sering cepat habis? Tahukah anda terdapat beberapa cara yang berkesan untuk menjimatkan bateri? Artikel ini akan membincangkan tentang tips penjimatan bateri telefon pintar. Antaranya:



1. Kurangkan kecerahan paparan skrin kerana semakin terang skrin semakin banyak bateri yang digunakan.

2. Aktifkan “Battery-saving Mode”. Mod ini boleh didapati dalam hampir semua model telefon pintar. Antara fungsi utama mod ini adalah mematikan proses latar belakang atau “background process” dan menyah-aktifkan sensor peranti seperti GPS.

3. Gunakan mod gelap pada skrin peranti anda. Mod gelap bukan sahaja memberi keselesaan pada mata pengguna malah mengurangkan penggunaan bateri.   

4. Nyahpasang aplikasi yang tidak digunakan. Sesetengah aplikasi mungkin tidak kerap digunakan tetapi masih aktif dan menggunakan memori peranti anda.


Selamat mencuba!




Posted by Nuqman J
Guest Blogger

Terokai Keseronokan di SPEED, Petrosains!



Sekiranya kelajuan dan Formula 1 menjadi minat anda, maka anda akan menikmati keseronokan di pameran SPEED.


SPEED merupakan salah satu galeri sains yang terdapat di Petrosains yang mempunyai pelbagai pameran berinteraksi tentang sains dan teknologi di sebalik penciptaan kenderaan. SPEED juga mempamerkan info-info dan maklumat berkenaan Formula 1 automotif. Di sini, anda boleh melihat dan bergambar dengan replika kereta lumba F1 yang bersaiz sebenar.


Rasailah sendiri pengalaman menggunakan simulasi dan juga pameran Mind Ball yang popular di mana anda boleh menolak bola getah kecil tanpa menyentuhnya! Bagaimana? Pameran ini mengajar anda tentang telekinesis – kemampuan untuk mempengaruhi sesuatu dengan kekuatan fikiran. Menarik kan?


Terdapat banyak simulasi dan pameran untuk anda menguji reaksi, nisbah kuasa-berat, kemahiran karate, kemahiran ski, kebolehan melompat dan pelbagai lagi. Jangan lupa untuk singgah ke SPEED apabila anda berkunjung ke Petrosains!



Posted by Ain Aqila
Guest Blogger