Wednesday 30 October 2019

R O B OT I K


Penggunaan robotik semakin diminati oleh golongan muda dan merupakan satu teknologi yang penting dalam pembangunan negara. Hal ini dapat dilihat apabila penggunaan robotik membawa kepentingan dalam pelbagai bidang. Robotik berkait rapat dengan reka grafik, pembinaan, operasi dan penggunaan robot dalam menganalisis maklumat juga semakin berkembang. 


Robotik dalam bidang teknologi membantu doktor dan pakar perubatan menjalankan operasi pembedahan dalam tubuh manusia yang sensitif dan sukar dijalankan dengan tangan. Hal ini membolehkan kerja-kerja para doktor dan pakar bedah lebih mudah dah senang.


Dalam bidang pendidikan, pembelajaran program robotik kepada kanak-kanak membolehkan mereka memahami asas teknologi terkini dan memberikan kelebihan kepada mereka untuk menjadi pemimpin contoh di masa hadapan. Juga, pendidikan menggunakan robotik dapat menarik perhatian pelajar untuk lebih cenderung ke arah pembelajaran secara kreatif. 


Di Petrosains, masyarakat akan ditawarkan dengan pelbagai aktiviti. Antara aktiviti yang di adakan sempena Petrosains Science Festival adalah bengkel robotik. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang STEM (Science, Technology, Engineering & Mathematics) dalam kemahiran digital (coding). Program ini juga menjadi platform universal untuk semua masyarakat menerokai dan berkongsi minat serta ilmu pengetahuan dalam bidang robotik. 

Untuk terokai lebih banyak aktiviti yang menarik, layari petrosains.com.my.

Jadi, datanglah beramai-ramai ke Petrosains Science Festival  2019 pada 1-3 November 2019! Dapatkan tiket masuk ke Petrosains, KLCC dan anda boleh menyertai pelbagai aktiviti dan bengkel sains yang disediakan. Maklumat lanjut di sciencefestival.my

Jumpa anda nanti! 






Posted by Ain Aqila
Guest Blogger


Friday 25 October 2019

Pernahkah Anda Mengunjungi 'Bilik Tiada Penghujungnya'?


'Bilik Tiada Penghujung' atau lebih dikenali sebagai 'Bilik Infiniti' adalah salah satu tarikan paling popular di Petrosains Science Festival. Cermin telah dipasang di sekeliling dan mencipta ilusi optik bagi ruang yang tidak terbatas di dalam bilik infiniti ini. Dihiasi juga dengan lampu-lampu LED & planet-planet yang sangat menarik  untuk pengunjung menerokai bilik ini dan berpeluang bergambar seterusnya berkongsi di laman media sosial.




Bagaimana Bilik Infiniti ini dicipta? Jawapannya adalah apabila cermin dipasang di sekeliling satu ruang, ia akan menimbulkan satu ilusi yang tidak berakhir dengan cahaya – cahaya warna warni oleh lampu LED yang telah dihias di dalam ruangan ini. 'Effect' bijak ini terhasil dengan menggunakan dua cermin, satu cermin yang memantul sepenuhnya dan satu lagi yang mencerminkan sebahagiannya. Cermin penuh memantul di keliling dengan lampu – lampu LED manakala lagi satu cermin diletakkan selari di jarak yang dekat. Apabila lampu – lampu LED ini dibuka ia akan memantul di antara cermin yang telah dipasang. Dengan melihat ke cermin itu, anda akan melihat kesan oleh lampu-lampu LED yang berterusan di dalam cermin itu dan akan mencipta ilusi seperti di dalam angkasa. Cermin selalunya bertujuan membuatkan bilik atau ruang kecil itu semakin besar. Dengan cermin infiniti ini, secara tidak langsung ia mencipta ilusi yang tidak akan berakhir. 


Bilik Infiniti adalah ruangan tanpa batasan kepada pengunjung yang datang ke Petrosains Science Festival untuk mengambil swafoto dan digunakan di laman media sosial anda. Ayuh terokai bersama Bilik Infinti di Petrosains Science Festival 2019. 


Jadi, datanglah beramai-ramai ke Petrosains Science Festival  2019! Dapatkan tiket masuk ke Petrosains, KLCC dan anda boleh menyertai aktiviti-aktiviti dan bengkel sains yang disediakan. Maklumat lanjut di sciencefestival.my

Jumpa anda nanti! 






Posted by Al-Ruqaiyah
Guest Blogger

Wednesday 23 October 2019

Aktiviti Untuk Si Kecil Bersama Ibu Bapa Juga Tersedia di Petrosains Science Festival 2019!



Petrosains Science Festival 2019 kini kembali lagi! Kali ini Petrosains Science Festival akan diadakan pada 1-3 November 2019.  Terdapat pelbagai jenis aktiviti menarik yang akan berlangsung untuk semua peringkat usia. Tidak ketinggalan tersedia juga aktiviti khas untuk si kecil bersama  ibu bapa. Untuk kanak-kanak kecil; anda bolehlah mencuba aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung di PlayLab, Petrosains, KLCC. Terdapat dua jenis aktiviti yang diadakan di PlayLab iaitu:


1) Super Animal Circuit


Aktiviti 'Super Animal Circuit' ini memerlukan mereka menggunakan mesin jahitan untuk menghasilkan topeng dengan kain felt mengikut kreativiti masing-masing dan bentuk yang diinginkan . Seterusnya  dengan menyambung litar LED ringkas, topeng tersebut akan kelihatan lebih menarik dengan nyalaan cahaya LED. Barang-barang untuk menghasilkan 'Super Animal Circuit' ini disediakan sepenuhnya oleh pihak Petrosains dan yang lebih menarik lagi ialah topeng yang sudah siap boleh dibawa pulang. Ibu atau bapa dialu-alukan untuk turut serta dalam menjalankan aktiviti ini bersama anak-anak tersayang.  


Berikut adalah beberapa contoh 'Super Animal Circuit' yang telah siap. 







2) Petrosains 20th Anniversary Pouch Sewing


Aktiviti ini juga adalah aktiviti menjahit untuk menghasilkan 'pouch' yang berbentuk piramid. 




Sama juga seperti aktiviti 'Super Animal Circuit', barang-barang dan peralatan disediakan sepenuhnya oleh pihak Petrosains. 

Jadi, datanglah beramai-ramai ke Petrosains Science Festival  2019! Dapatkan tiket masuk ke Petrosains, KLCC dan anda boleh menyertai aktiviti-aktiviti dan bengkel sains yang disediakan. Maklumat lanjut di sciencefestival.my

Jumpa anda nanti! 






Posted by Nurulhana Mustaffa
Guest Blogger

Friday 11 October 2019

Menerokai Ke Zaman Purba!


Sejak pertemuan pertama telah dibuat pada tahun 1800-an, dinosaur telah mencetuskan imaginasi kanak - kanak dan orang dewasa. Dinosaur merupakan spesies repitilia yang telah mendiami bumi hampir 230 juta tahun dahulu, yakni pada zaman Mesozoik yang merupakan 'Zaman Dinosaur '

Ingin menerokai ke 'Zaman Purba'?
Jom bersama kami ke Petrosains untuk menerokai 'Diorama Geomasa'.


Diorama Geomasa akan membawa anda kembali ke 200 juta tahun yang lalu, berpusat di sekitar landskap gunung berapi, untuk bertemu dengan beberapa spesies dinosaur dan juga makhluk lain dunia purba. 


Spinosaurus atau 'cicak bersirip' ialah antara dinosaur karnivor terbesar pernah wujud dan salah satu dinosaur yang dipamerkan di Diorama. Dinosaur pemakan ikan ini mempunyai tulang belakang mirip.

Juga, dinosaur ganas ini yang akan sambut tetamu di laluan masuk. 


Terokai sejarah planet Bumi kita seperti mana yang dicatatkan dalam batuan. Mengambil bau udara prasejarah dan mengetahui bagaimana petroleum terbentuk pada zaman dahulu di belakang halaman rumah kita dan banyak lagi.


Sila layari laman web kami di www.petrosains.com.my untuk mengetahui lebih banyak infomasi mengenai pameran yang terdapat di Petrosains. Selamat meneroka!  




Posted by Nor Izzatty
Guest Blogger