Friday 15 December 2017

Sains Awal Kanak-Kanak


(Edisi Seminar Sains Prasekolah 2016)

Pada 7 Mei 2016 yang lalu, Seminar Sains Prasekolah telah diadakan buat pertama kali di Petrosains. Seramai 66 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru prasekolah dan ibu bapa telah menyertai seminar ini.

Pelbagai pengisian telah dikongsi termasuklah sesi perkongsian bestari bertajuk ‘Nurturing the Young Children’ bersama Puan Carolyn Choo dari Kolej SEGI, Persembahan Tarian Tradisional yang dibawakan khas oleh kumpulan seni tari ASWARA, ceramah mengenai ‘Communicating with Young Children’ oleh Dr Romarzila Omar dari IPG Kampus Bangi, Playdates with SEGI students dan tentulah bengkel ‘Creative Science for Pre-schools’ oleh team Petrosains sendiri. 


Kenapa Sains Awal untuk Kanak-kanak?

Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh digunapakai untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak seawal usia bayi hinggalah mereka mencapai usia 9 tahun (ada definisi yang mengatakan awal kanak-kanak berakhir pada usia yang lebih muda!)

Secara fitrah kanak-kanak mempunyai rasa ingin tahu yang kuat terhadap apa sahaja. Jadi komunikasi adalah instrumen penting untuk kita menggalakkan lagi rasa ingin tahu selain daripada memperkenalkan elemen lain seperti ‘hands-on’, pendekatan inkuiri serta kemahiran-kemahiran lain dalam pendidikan awal kanak-kanak.
     
3 Langkah sembang sains dengan kanak-kanak

Apabila kita merancang sesuatu aktiviti dengan si kecil, rangka soalan-soalan yang merangsang mereka berfikir dan mengarah kepada topik sains yang berkenaan. Kemudian mulakan proses penerokaan yang menyeronokkan itu!


Contoh Sembang Sains 
Topik : Keperluan asas tumbuhan
Objektif teroka sains : Tumbuhan memerlukan air untuk hidup



Soalan-soalan yang diajukan bolehlah dipermudahkan dengan menggunakan bahasa perbualan yang bersesuaian. Contohnya, penggunaan perkataan “tumbuhan” kepada “pokok”. Selain daripada itu, anda akan dapati timbul soalan daripada kanak-kanak yang tidak boleh diteroka pada sesi yang telah dirancang. Jadikan ia sebagai “sesi teroka” yang lebih mendalam dan cuba cari sumber dari laman sesawang sebagai bahan bantu. Video pendek, buku bergambar dan lawatan ke pusat sains adalah antara pilihan yang baik!

Saya memilih untuk berkongsi sebahagian daripada intipati bengkel interaktif oleh Petrosains melalui blog ekoran daripada maklum balas peserta yang meminta kami berkongsi dengan lebih lanjut mengenai aktiviti yang dijalankan.

Antara aktiviti sains interaktif yang boleh dijalankan oleh guru dan sesiapa sahaja  yang berminat dengan sains awal untuk kanak-kanak ialah  [link] aktiviti Pasu Kreatif dan aktiviti Warna-warni Batik Ikat. Kedua-dua aktviti ini juga dijalankan oleh Komunikator Sains di Petrosains melalui program khas untuk murid prasekolah yang dikenali juga sebagai Creative Science for Pre-schools






Shared by Izhana
Guest Blogger

Part 1/2: Save Our Environment, Reduce Carbon Footprint!







Shared by Kuyen
Guest Blogger