Friday, 31 July 2015

Siri 9/9: Pepejal + Cecair = Gas!



Cubalah eksperimen mudah ini untuk memperkenalkan pelajar dan anak-anak tentang tiga fasa atau keadaan jirim. Ia hanya memerlukan barang-barang yang mudah didapati dan tidak sukar untuk disediakan. Ekperimen ini pasti akan membuat mereka tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang fasa atau keadaan jriim!


Kredit foto: http://4.bp.blogspot.com/_dOJGn2J-VHg/TNr603i83nI/AAAAAAAAAr8/bhwYvWpRaV8/s400/ThreeStatesofMatter.jpg

Apakah yang diperlukan?
Serbuk penaik (baking powder)
Sudu besar
Corong
Cuka makan
Botol
Belon
cawan
Sudu

Apakah yang perlu dibuat?
Kredit foto : http://notjustcute.com/wp-content/uploads/2011/07/blog-posts3.jpg

1. Masukkan satu sudu besar serbuk penaik ke dalam botol dengan menggunakan corong.
2. Ketuk-ketukkan corong itu supaya serbuk penaik itu turun masuk ke dalam botol.
3. Pastikan anda sudah bersedia dengan belon untuk dimuatkan ke mulut botol kerana ia bahan-bahan yang akan digunakan agak cepat bertindak balas!
4. Tuangkan setengah cawan cuka ke dalam botol dengan menggunakan corong tadi.
5. Dengan cepat, muatkan belon itu kepada mulut botol itu untuk memerangkap gas yang terbebas. 


Apakah yang berlaku?
Melalui eksperimen ini pelajar boleh melihat sendiri kedaan jirim yang terhasil apabila sesuatu tindak balas kimia berlaku. Di dalam tindak balas kimia ini, serbuk penaik (pepejal) bertindak balas dengan cuka (cecair) dan menghasilkan karbon dioksida (gas).
Gas karbon dioksida adalah lebih berat daripada udara. Gas ini menyebabkan udara yang ada di dalam botol itu terpaksa bergerak ke atas dan memenuhi belon. Belon itu seterusnya membesar dengan campuran udara dan juga gas karbon dioksida.


Kredit foto : http://static.prometheanplanet.com/images/resources/themes/chemistry/image-chemistry-matter.jpg
Eksperimen ini boleh digunakan untuk melihat adanya tiga fasa atau keadaan jirim. Ini dilakukan dengan membuat perbandingan dan melihat perbezaan di antara sifat-sifat keadaan jirim yang berbeza sebelum dan selepas dicampurkan.


Tahukah anda?
Mengikut spesifikasi kurikulum kebangsaan, para pelajar sekolah dikehendaki belajar tentang tiga fasa atau keadaan jirim. Menurut kajian saintifik yang terbaru, terdapat lima fasa atau keadaan utama jirim. 
Fasa-fasa atau keadaan-keadaan itu ialah pepejal, cecair, gas, plasma dan kondensasi Bose-Einstein (Bose-Einstein condensates).


Kredit foto : http://www.chem4kids.com/files/art/matter_states1.jpg

Unsur-unsur dan sebatian-sebatian boleh berubah dari satu fasa ke fasa yang lain apabila hadirnya kesan-kesan fizikal yang khas. Satu contoh kesan ini ialah suhu. Fasa atau keadaan jirim boleh berubah apabila suhu berubah. Secara amnya, apabila suhu meningkat, jirim berubah kepada keadaan yang lebih aktif.
Fasa menerangkan tentang keadaan fizikal jirim. Kata kunci yang penting di sini ialah perkataan "fizikal". Sesuatu benda hanya bergerak dari satu fasa ke fasa yang lain dengan cara fizikal. 

Sebagai contoh, jika tenaga ditambah dan menyebabkan peningkatan suhu atau penambahan tekanan, satu perubahan fizikal akan berlaku. Jika tenaga diambil seperti proses pembekuan atau penurunan tekanan, satu perubahan fizikal juga akan berlaku.


Kredit foto : http://www.chem4kids.com/files/art/matter_changes1.gif

Kredit foto : http://www.linkstolearning.com/Images/matter_states2.gif

Kredit foto : http://www.plasmas.org/E-4phases2.jpg

Satu sebatian atau unsur boleh berubah dari satu fasa ke fasa yang lain tetapi masih menjadi bahan yang sama. Anda boleh melihat wap air di atas seperiuk air yang mendidih. Wap air itu (atau gas), boleh terpeluwap dan menjadi setitik air.
Jika anda letakkan titis air itu di dalam peti ais, ia akan berubah menjadi pepejal. Tidak kira apa perubahan fasa pun, ia tetap air dan sentiasa mempunyai sifat kimia yang sama. Itu ialah perubahan fizikal. Dalam erti kata lain, perubahan fizikal tidak merubah sifat kimia sesuatu bahan itu.
Sebaliknya, jika ada perubahan kimia pada air, ia akan merubah cara ia bertindak. Ini adalah kerana perubahan kimia menukar air kepada sesuatu yang baru.


Selamat mencuba!




Ikuti kesemua 9 siri “Ilusi dan Sains”  seperti berikut:-

Siri 9/9 : "Pepejal + Cecair = Gas!"
http://www.creating-wonder.blogspot.com/2015/07/siri-99-pepejal-cecair-gas.html




Kunjungi pameran Illusion: Nothing Is As It Seems dan Lihat Dunia Berubah Di Depan Mata Anda di Petrosains, KLCC dari 4 September 2015 - 10 Januari 2016!
Maklumat lanjut boleh didapati di  




Shared by Nor Azhar Ishak
Guest Blogger

No comments:

Post a Comment