Thursday, 9 July 2015

Bubur Lambuk Hidangan Sepinggan Lengkap


Pernahkah anda  mencuba bubur lambuk? Perhatikan teksturnya. Pasti kita boleh meneka kemungkinan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan bubur ini.

Kenapa bubur lambuk dikatakan hidangan sepinggan lengkap?
Bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan bubur lambuk adalah beras dan campuran rempah-ratus. Sayur-sayuran seperti lobak merah atau lobak manis juga ditambah ke dalam bubur. Bahan lain adalah daging bersama udang kering tetapi ada juga yang memilih ayam untuk ditambahkan ke dalam resipi hidangan ini. Selain itu, bahan-bahan sampingan lain adalah bergantung kepada citarasa masing -masing. Air dan santan juga dimasukkan untuk menghasilkan bubur ini.

Bubur lambuk dikatakan hidangan sepinggan lengkap kerana bahan-bahan yang digunakan terdiri daripada gabungan kumpulan makanan dari aras yang berbeza-beza di dalam piramid makanan. 




Beras yang digunakan dalam bubur lambuk merupakan sumber karbohidrat yang tergolong dalam Aras 1 berdasarkan piramid makanan di atas. Sayur yang digunakan pula adalah sumber nutrien dari Aras 2. Daging atau ayam, udang kering dan santan adalah sumber nutrien pada Aras 3. Akhir sekali, minyak untuk menumis dan garam adalah sumber makanan dari Aras 4.

Ini menunjukkan bahawa bubur lambuk adalah hidangan sepinggan lengkap kerana ia mengandungi khasiat nutrisi daripada semua kumpulan makanan dalam satu hidangan dan mampu membekalkan tenaga yang secukupnya terhadap tubuh badan kita. 


Kredit Imej: Bubur Lambuk Pak Hassan




Posted by Ayu
Petrosains

No comments:

Post a Comment