Friday, 31 July 2015

Siri 3/9: Gandakan Tepung Anda


Kredit foto : http://www.greensim.com/lemonade/yeast.JPG

Konsep adanya dunia mikroorganisma sukar difahami kerana ia sukar dilihat dengan mata kasar. Cubalah aktiviti di bawah untuk menunjukkan bahawa mikroorganisma merupakan benda hidup dan melalui proses seperti pernafasan. Aktiviti ini akan menghasilkan ilusi sesuatu bahan yang berganda tanpa penambahan secara langsung padanya! 

Apa yang diperlukan?
1 cawan tepung gandum
Setengah cawan air suam
I sudu besar yis
1 sudu besar gula
Kain lembap

Apa yang perlu dibuat?
1. Buat adunan tepung, air, yis dan gula. Buat satu adunan lagi tanpa mengggunakan yis. Ini digunakan sebagai kawalan. Tutup kedua-duanya dengan kain lembap.
2. Biarkan selama 20 minit.
3. Buka kain lembap tadi. Apakah pemerhatian anda?

Apakah yang berlaku?
Mikroorganisma adalah hidupan yang sangat kecil. Kebanyakannya tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop. Mikroorganisma terdapat dalam pelbagai betuk dan saiz yang berbeza. Terdapat pelbagai jenis mikroorganisma; antaranya ialah bakteria, virus, protozoa dan kulat. 

Apabila mikroorganisma bernafas, ia mengambil gas oksigen dan membebaskan gas karbon dioksida. Gas oksigen digunakan untuk mengurai makanan di mana tenaga dibebaskan. Yis merupakan satu contoh mikroorganisma dan ia adalah sejenis kulat. Yis digunakan secara meluas dalam pembuatan roti. Semasa pembuatan roti, yis menghasilkan gelembung-gelembung gas karbon dioksida yang boleh mengembangkan roti. 

Melalui eksperimen ini, anda akan dapat perhatikan bahawa doh adunan bertambah banyak (menaik) dan kelihatan lubang-lubang udara pada doh itu. Pernafasan yis menghasilkan gas karbon dioksida yang menyebabkan terhasilnya lubang-luang udara yang kelihatan pada doh. Gas ini memenuhi ruang di dalam doh. Proses ini juga menyebabkan doh itu 'naik' atau mengembang. Eksperimen ini juga menunjukkan bahawa mikroorganisma adalah benda hidup yang menjalani proses hidup seperti pernafasan.


Tahukah anda?
Yis bukan sahaja digunakan di dalam pembuatan roti dan donat, tetapi juga di dalam pembuatan keju, tempe dan tapai. Ia juga digunakan untuk menghasilkan minuman beralkohol. Di dalam proses ini, yis menukarkan glukosa kepada etanol, yang merupakan sejenis alkohol. Contohnya, yis diperam dengan jus anggur di dalam penghasilan wain.

Selamat mencuba!



Ikuti kesemua 9 siri “Ilusi dan Sains”  seperti berikut:-

Siri 9/9 : "Pepejal + Cecair = Gas!"
http://www.creating-wonder.blogspot.com/2015/07/siri-99-pepejal-cecair-gas.html




Kunjungi pameran Illusion: Nothing Is As It Seems dan Lihat Dunia Berubah Di Depan Mata Anda di Petrosains, KLCC dari 4 September 2015 - 10 Januari 2016!
Maklumat lanjut boleh didapati di  





Shared by Nor Azhar Ishak
Guest Blogger

No comments:

Post a Comment