Showing posts with label piramid makanan. Show all posts
Showing posts with label piramid makanan. Show all posts

Wednesday, 6 June 2018

Roti Titab



Roti  titab berasal dari negeri  Kelantan. Seperti yang kita tahu Kelantan dan manis memang tidak boleh dipisahkan. Namun kita tidak perlu berjalan jauh sampai ke negeri Kelantan untuk merasainya. Roti titab kini yang semakin viral sebagai sarapan pagi boleh didapati di kebanyakkan.

Roti titab adalah roti bakar yang dimakan bersama telur separuh masak dan kaya, kombinasi yang sempurna untuk memulakan hari anda. Ia mengandungi khasiat-khasiat seperti berikut:-

1. Roti – ramai yang sudah tahu tentang khasiat roti iaitu serat, kalsium, folat dan zat besi. Didefinisikan sebagai makanan berkarbohidrat di dalam piramid makanan.

2. Kaya – diperbuat daripada kelapa dan wangi pandan. Khasiat semula jadi yang terdapat di dalam buah kelapa dan pandan yang menaikkan selera rasa lemak dan wangi dalam makanan.

3. Telur - khasiat dan kebaikan bersarapan dengan telur separuh masak dapat membantu pembentukan otot, menguatkan daya ingatan, baik untuk mata, mencegah anemia dan dapat mencegah penuaan. Hal ini kerana telur mempunyai nilai protein yang tinggi dan baik untuk tubuh badan.

Roti membuatkan kita cepat kenyang dan ianya amat sesuai sebagai alas perut ketika bersarapan. Roti titab ialah roti yang mempuanyai kombinasi sempurna untuk dinikmati ketika bersarapan dan memulakan hari anda.

Di sini saya kongsikan gambar roti titab yang cukup membuatkan ramai orang terliur. Roti titab ini dibakar dengan sapuan mentega dan dipecahkan telur separuk masak di atasnya dihiasi dengan lemak wangi kaya yang cukup sempurna memikat hati dan membuka selera ketika bersarapan.


Jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati menu baru yang viral sebagai sarapan dan permulaan baik untuk hari anda! Rasai dan nikmatinya.




Shared by Anis Syazwany

Guest Blogger


Thursday, 9 July 2015

Bubur Lambuk Hidangan Sepinggan Lengkap


Pernahkah anda  mencuba bubur lambuk? Perhatikan teksturnya. Pasti kita boleh meneka kemungkinan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan bubur ini.

Kenapa bubur lambuk dikatakan hidangan sepinggan lengkap?
Bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan bubur lambuk adalah beras dan campuran rempah-ratus. Sayur-sayuran seperti lobak merah atau lobak manis juga ditambah ke dalam bubur. Bahan lain adalah daging bersama udang kering tetapi ada juga yang memilih ayam untuk ditambahkan ke dalam resipi hidangan ini. Selain itu, bahan-bahan sampingan lain adalah bergantung kepada citarasa masing -masing. Air dan santan juga dimasukkan untuk menghasilkan bubur ini.

Bubur lambuk dikatakan hidangan sepinggan lengkap kerana bahan-bahan yang digunakan terdiri daripada gabungan kumpulan makanan dari aras yang berbeza-beza di dalam piramid makanan. 




Beras yang digunakan dalam bubur lambuk merupakan sumber karbohidrat yang tergolong dalam Aras 1 berdasarkan piramid makanan di atas. Sayur yang digunakan pula adalah sumber nutrien dari Aras 2. Daging atau ayam, udang kering dan santan adalah sumber nutrien pada Aras 3. Akhir sekali, minyak untuk menumis dan garam adalah sumber makanan dari Aras 4.

Ini menunjukkan bahawa bubur lambuk adalah hidangan sepinggan lengkap kerana ia mengandungi khasiat nutrisi daripada semua kumpulan makanan dalam satu hidangan dan mampu membekalkan tenaga yang secukupnya terhadap tubuh badan kita. 


Kredit Imej: Bubur Lambuk Pak Hassan




Posted by Ayu
Petrosains

Monday, 21 July 2014

Makanan Raya vs. Gizi Seimbang




Walau apa sahaja yang menjadi pilihan makanan anda sempena musim perayaan yang bakal menjelang ini, jadikan piramid makanan sebagai panduan bagi memastikan kita mempunyai semua nutrisi makanan seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan air dengan jumlah yang ideal. Nutrisi atau gizi yang seimbang adalah penting bagi memastikan kita sentiasa mempunyai tenaga yang secukupnya kepada badan untuk melakukan kerja. 



Misalnya, lemang yang diperbuat daripada beras adalah makanan dari kelas karbohidrat dan serunding daging adalah sumber protein yang baik. Namun, banyak manakah ia diperlukan oleh badan kita seharian bagi mencapai gizi yang seimbang?

Untuk mengetahui tentang piramid makanan dan maklumat lebih lanjut tentang gizi seimbang, layari 



Makanan juga adalah satu bentuk tenaga iaitu tenaga kimia.  Tenaga kimia merupakan tenaga yang tersimpan dalam sesuatu bahan. Pembakaran makanan akan membebaskan tenaga kimia tersimpan dan menghasilkan tenaga haba. Tenaga kimia akan dibebaskan daripada makanan yang dimakan menerusi tindak balas kimia di dalam badan kita. 


Jadi , amalkan pemakanan yang seimbang untuk kesihatan yang sempurna!







Posted by Ayu
Learning Specialist, Petrosains