Friday, 20 December 2019

Apa Yang Orang Buta Warna Nampak?


Pernahkah anda tertanya bagaimana pandangan seorang buta warna? Tetapi untuk memahami topik ini, mari kita lihat punca dan jenis-jenis buta warna dahulu.

Buta warna atau kekurangan penglihatan warna adalah ketidakbolehan untuk melihat warna atau membezakan warna di bawah cahaya normal.

Punca yang paling utama ialah kecacatan dalam perkembangan kon retina yang mencerap warna dalam cahaya dan memancarkan maklumat berkenaan kepada saraf optik. Selain itu, buta warna boleh dikatakan berpunca daripada kerosakan fizikal atau kimia ke atas mata, saraf optik atau bahagian-bahagian otak. Ia juga boleh terjadi oleh kerana kerosakan fizikal atau kimia ke atas mata, saraf optik, atau bahagian-bahagian otak. Contohnya, mereka yang menghidap buta warna atau akromatopsia (dalam bahasa saintifiknya) mengalami gangguan yang jauh berbeza, tetapi masih tetap sukar mencerap warna.



1. Deuteranomalia

Penglihatan seakan sama tetapi agak sedikit cair dan samar terutamanya pada warna merah dan hijau. Mereka kurang sensitif kepada cahaya hijau dan mempunyai masalah untuk membezakan antara merah, hijau, coklat dan oren. Ia adalah jenis buta warna yang paling biasa dihidapi.

2. Protanopia

Semua tona warna hijau dan merah kelihatan agak pudar kerana mereka kurang sensitiviti terhadap cahaya merah dan sebahagian besar tona kuning dan biru hanya terjejas sedikit. Mereka akan terkeliru warna hitam dengan merah, coklat gelap dengan hijau gelap dan beberapa jenis warna biru dengan merah serta ungu dengan merah jambu gelap.

3. Tritanopia

Semua warna kelihatan merah-merah dan kehijauan. Mereka juga mengalami masalah dalam membezakan warna biru muda dengan kelabu, ungu gelap dengan hitam, medium hijau dengan biru dan warna oren dengan merah. Jenis buta ini juga dikenali sebagai ‘buta warna biru-kuning’.

4. Monochromacy

Buta warna penuh di mana hanya hitam, kelabu dan putih sahaja di sekeliling mereka, dengan erti kata yang lain mereka tidak boleh melihat warna langsung. Kehidupan mereka lebih mencabar kerana mereka tidak dapat mengagak warna berbanding orang normal.









Posted by Ain Aqila
Guest Blogger



No comments:

Post a Comment