Wednesday 9 January 2019

PBD - Pembelajaran Berorientasikan Perkembangan Murid


๐—ฃ๐—•๐—— sebagai kependekan untuk Pentaksiran Bilik Darjah adalah sebentuk pentaksiran yang bersifat formatif kerana bertujuan membina peluang perkembangan pembelajaran murid daripada pencapaian semasanya. Maksudnya, ke mana hendak dibawa murid itu setelah ditaksir kebolehannya? Ia justeru disebut formatif kerana membentuk kebolehan baharu murid berdasarkan kebolehan semasanya. PBD ketara berbeza dengan bentuk-bentuk pentaksiran sumatif yang lazimnya adalah ujian dan peperiksaan kerana hanya merumuskan pencapaian murid untuk satu-satu tempoh masa yang ditetapkan.

๐—ฃ๐—•๐—— menyediakan ruang untuk guru ‘berkarya’ mencorak murid; sekurang-kurangnya ini adalah sebuah harapan jika dapat dimurnikan pelaksanaannya – supaya dapat dilahirkan murid yang berupaya menyelesai masalah dan membuat keputusan kelak secara berdikari.

Menjelmakan idea ๐—ฃ๐—•๐—— ini adalah melalui beberapa aktiviti seperti :
1. Bercerita
2. Projek mudah
3. Permainan
4. Main peranan
5. Kuiz


๐Ÿญ. ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ฐ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ฎ. Manusia secara nalurinya suka mendengar cerita. Cerita yang menarik dan penceritaan yang baik dapat menyampaikan maklumat, memberikan hiburan, dan mengajak pendengar berfikir sesuatu tentang cerita itu. Ada murid yang mula membina minat datang ke kelas kerana tertarik mendengar cerita cikgu dan kemudiannya menjadi lebih fokus dengan pembelajaran.


๐Ÿฎ. ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ท๐—ฒ๐—ธ ๐—บ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐—ต. Melaksanakan projek memberikan peluang murid ‘take charge’ atau mengawal beberapa aspek pembelajaran yang mendewasakannya. Ini termasuklah mengenalpasti permasalahan dalam projek serta mencari jalan menyelesaikannya. Pembelajaran Berasaskan Projek bagus sebagai tugasan kumpulan yang mendidik mereka berkolaboratif dan saling menyangga pengetahuan sedia ada masing-masing.


๐Ÿฏ. ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป. Walaupun murid bermain, objektifnya tetap berkenaan mereka belajar sesuatu yang terselit bersama permainan itu. Maka, pendekatan ini disebut Pembelajaran Berasaskan Permainan. Pendekatan ini memerlukan kebolehan guru untuk membuat gamifikasi iaitu mengadun bahan pembelajaran bersama-sama dengan permainan. Akan tetapi harus diingat bahawa sementara unsur persaingan yang ada pada permainan boleh menawan minat belajar murid, sebahagian murid yang lain mungkin berasa susah dan tertekan dengan persaingan. Risiko ini perlu difikir-difikirkan dan diurus oleh guru jika mahu menjayakannya.

๐Ÿฐ. ๐— ๐—ฎ๐—ถ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป. Adalah sebentuk postulat (hipotesis yang cenderung sebagai benar) untuk mengatakan bahawa manusia sukakan 3M iaitu Makan, Main, dan Muzik. Makan bermaksud ganjaran, Main ialah kawalan, dan Muzik bererti hiburan. Main peranan sesungguhnya menyediakan peluang kepada guru untuk melibatkan murid belajar, dengan penuh minat dan berkesan, dengan 3M ini sebagai alatnya.


๐Ÿฑ. ๐—ž๐˜‚๐—ถ๐˜‡. Ini adalah kaedah klasik pembelajaran yang tidak dimamah zaman kerana Soal dan Jawab itu sudah menjadi lumrah sejak bermulanya tamadun manusia, bahkan sejak penciptaan manusia pertama lagi. Kepelbagaian pendekatan melaksanakan kuiz menyaksikan guru turut melibatkan aktiviti dan prop (bahan bantu belajar) untuk murid bersoal jawab dalam aktiviti kuiz. Apabila banyak unsur dilibatkan (bermaksud banyak deria dirangsang), bersifat interaktif, serta murid sedikit sebanyak diberi ruang untuk mengutarakan soalannya, tergolonglah strategi ini sebagai strategi PAK21.

#Petrosains #Educators


 
Shared by Imran Arif
Guest Blogger

Monday 7 January 2019

Fried Rice Anyone?


Call it Bokkeum-bap, Chฤhan, ChวŽo fร n, Khao phat or Nasi goreng, it’s basically plain old fried rice that presents itself in many mouthwatering variations. Found in many parts of the world, you can have it spicy, vegetarian, seafood, Thai style, Chinese style…the choice is yours!

Yeung Chow Fried Rice
[Flickr: AleCostaRica05 ]

What is Fried Rice?
Believed to be developed during the Sui Dynasty (A.D. 589–618) in the city of Yangzhou in eastern Jiangsu province in China, fried rice is rice that has been stir-fried in a wok or a frying pan & is usually mixed with other ingredients such as eggs, vegetables, seafood, or meat. It is often eaten by itself or as an accompaniment to another dish. Whatever its variation or its geographical disposition, it always leads back to China.

Haitian Shrimp Fried Rice
[Flickr: Steven Depolo]

The Science of Fried Rice
Two researchers from the Georgia Institute of Technology of USA, David Hu and Hungtang Ko, conducted a study on the tossing techniques used for fried rice and stir-fry. They observed & recorded expert chefs making the dish at 2 restaurants in Taiwan. 

What did they discover? Making fried rice involves 2 types of motion – translational & rotational. We will not go into details of these 2 motions as it could get complicated [refer to glossary]. 

The cooking process for fried rice basically involves a system of repeated cycles and phases. Each cycle lasts about 1/3 of a second. The cycles are broken down into 4 phases where the chef would move the wok forward, backward or tilt it side to side. This is to ensure no portion of rice touches the hot wok for too long & risk it getting burnt. The ingredients are hence constantly mixed, cooked, and cooled. 

Kimchi Fried Rice
[Noob Cook]

Is Fried Rice healthy?
Whether one cup of fried rice is healthy depends on what we add when making it…the calories can range from a low of 67 to as high as 1000 (https://www.myfitnesspal.com/food/search).

Can fried rice be healthy? If you prefer super healthy fried rice, you can use brown rice instead of white rice. But then what you add to the rice or its accompaniments (e.g. fried chicken) are equally important. 

There are several ways to make healthy fried rice:
Use brown rice (has a higher fibre content than white rice & is more slowly digested)
Use oil to a minimum amount
Cook eggs first
Pre-cook proteins before adding to rice
Accompaniments prepared in a heathy manner

Explore ways and means to create your very own fried rice. Be innovative. Do not be afraid -after all its just the humble fried rice you’re trying to re-create!


Watch
1. Fried Rice Being Cooked in a Wok During a Five-Second Interval [0:04]

2. Cooking Yangzhou fried rice| CCTV English [2:08] 

3. Crab Fried Rice - Thai Street Vendor Flips It [3:44]


Glossary
1. Translational Motion
A type of motion in which all parts of an object move the same distance in a given time.
E.g. Vehicles moving on a road

2. Rotational Motion
When an object moves about an axis and different parts of it move by different distances in a given interval of time.
E.g. Blades of a rotating fan




Shared by Azni Zainal Abidin
Guest Blogger

Maksud ‘E’ Dalam STEM dan Mengaplikasikannya Dalam Pendidikan Formal



Pendidikan STEM Bersepadu adalah satu gagasan baharu kurikulum sains dan matematik kebangsaan. Ia menggantikan gagasan sebelumnya (Sains dan Teknologi) dengan memperakukan pemusatan pembelajaran pada pelajar sebagai penyelesai masalah.


STEM adalah kependekatan daripada perkataan-perkataan dalam Bahasa Inggeris iaitu ๐˜š๐˜ค๐˜ช๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฆ, ๐˜›๐˜ฆ๐˜ค๐˜ฉ๐˜ฏ๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜จ๐˜บ, ๐˜Œ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ, dan ๐˜”๐˜ข๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ค๐˜ด, dengan (1) ๐˜š๐˜ค๐˜ช๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฆ sebagai bidang yang terlibat menyediakan pengetahuan, (2) ๐˜›๐˜ฆ๐˜ค๐˜ฉ๐˜ฏ๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜จ๐˜บ adalah pengaplikasiannya, (3) ๐˜Œ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ menjurus kepada penyelesaian masalah, dan (4) ๐˜”๐˜ข๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ค๐˜ด adalah bidang pengkuantitian supaya penerokaan yang dilakukan itu bersifat munasabah dan boleh didefinisi secara operasi.

Kita ingin memberikan perhatian yang istimewa untuk huruf ๐˜Œ pada perkataan STEM iaitu ๐˜Œ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ atau Kejuruteraan kerana peluang yang ditawarkannya. Ia membolehkan pelajar bertanya-tanya akan apa-apa yang mencuit hati. Lebih maju lagi, pertanyaan ini perlu ada nilai tanggungjawab padanya dan justeru pelajar akan perlahan-lahan, dengan bimbingan, berupaya membina pertanyaan yang boleh diambil tindakan dan diuji.

Menyediakan pengalaman pembelajaran STEM Bersepadu yang lengkap itu sebenarnya perlu mengambil kira pengalaman sebenar pelajar berinteraksi dengan bahan pembelajaran. Ia tidak boleh hanya menggunakan model buatan atau sekadar bahan bercetak sahaja.

Jika misalnya ia berkenaan beberapa hubungan yang boleh dikenalpasti bagi interaksi antara air dengan tanah, seperti (1) kadar alirannya untuk jenis-jenis tanah berbeza, (2) kadar cepatnya air bertakung jika jenis tanah berbeza digunakan, dan/atau (3) bagaimana jenis tanah berbeza berfungsi mengawal arah aliran air, atau mengawal kadar alirannya - maka guru perlu benar-benar menyediakan bahan ini. Bukan itu sahaja, perlu selanjutnya dipupuk pula daya fikir pelajar untuk menyelesaikan satu permasalahan sebenar kehidupan manusia. Boleh jadi dalam hal ini adalah masalah banjir kilat akibat jenis tanah yang ada yang tidak berupaya mengurus derasnya kadar air berkumpul daripada aktiviti hujan. STEM Bersepadu yang lengkap - itulah kekangannya. Ia mesti melibatkan interaksi pelajar dengan bahan semulajadi.

Andaikata syarat tersebut tidak dapat dipenuhi, guru masih boleh melaksanakan gagasan ini dengan menggunakan istilah cadangan 'aktiviti cenderung STEM' untuk penggunaan model dan Bahan Bantu Belajar gantian. Sila rujuk hantaran berkenaan tajuk ini pada laman FB ini bertarikh 25 Ogos 2017 (ketik ๐Ÿ‘‰ #cenderungstem2017) untuk sampel aktiviti pembelajaran informal dan penjelasan lanjut. Apabila guru menggunakan pendekatan ini, pelajar masih boleh sedikit sebanyak meneroka konsep-konsep pembelajaran berkaitan sambil guru menyediakan perkaitan dengan permasalahan sebagai unsur E pada STEM.

 
Shared by Imran Arif
Guest Blogger