Tuesday 27 October 2015

The Mysterious Sand Rose



Sand rose  is a natural occurring geological formation from sand. It is a beautiful craft by nature which can be found in deserts. 




Formed under the ground level, the wind blows the sand above it to reveal the sand rose.





Come over to #Petrosains to explore our latest theme 'Mission:Mystery' and find out the science behind the unknown!
Find out more at www.petrosains.com.my





Shared by Fizz Tahir
Guest Blogger

Monday 19 October 2015

Jerebu kembali! Pakailah Topeng Pernafasan N95!


Pendedahan terhadap persekitaran jerebu boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan terhadap tubuh badan kita. Jerebu di udara adalah  partikel zarah-zarah halus yang terbentuk daripada titisan mikroskopik pepejal dan cecair di udara yang sangat kecil dan mudah untuk memasuki ruang paru-paru kita. Pencemaran udara ini adalah berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka ataupun asap dari  kawasan kilang dan penjana kuasa arang batu.  Udara yang tercemar akan memasuki ke dalam saluran pernafasan kita  dan boleh mengakibatkan keradangan sekiranya kita tidak menggunakan peranti perlidungan ketika bernafas.



Sebagai langkah berjaga-jaga ketika keadaan persekitaran berjerebu, kita semua disarankan memakai topeng. Tetapi tahukah anda topeng pernafasan yang berlabel N95 adalah yang di antara yang paling terbaik dan sesuai dipakai berbanding topeng pembedahan?

Ini kerana topeng pernafasan berlabel N95 mampu menghalang partikel zarah -zarah halus jerebu berukuran 2.5 mikrometer daripada memasuki saluran pernafasan manakala topeng pembedahan tidak mampu menapis zarah-zarah halus itu. Selain itu, reka bentuk topeng pernafasan N95 yang mempunyai jalur logam mampu melitupi dengan kemas pada bahagian 'hidung dan mulut' kita supaya kita tidak menghidu udara kotor dan dapat mengurangkan risiko berbahaya terhadap kesihatan kita.

Walaubagaimanapun penggunaan topeng pernafasan N95 tidak sesuai bagi golongan yang dinyatakan di bawah kerana ia boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada mereka yang mengalami masalah paru-paru dan jantung, pesakit asma, wanita mengandung dan kanak-kanak. Apabila ia terlalu menekap pada bahgian hidung dan mulut, rintangan udara menjadi lebih tinggi jadi ia akan mengurangkan jumlah udara memasuki ruang pernafasan untuk bernafas. 


Berikut adalah cara pemakaian topeng pernafasan N95 yang betul:-




Kesimpulannya, pastikan kita selalu berada di dalam ruang terlindung seperti rumah dan kurangkan aktiviti luar. Sekiranya kita perlu keluar rumah, pakailah topeng bagi mengelakkan habuk jerebu memasuki ruang pernafasan kita yang boleh menyebabkan penyakit.





Posted by Ayu
Petrosains