Wednesday 28 October 2020

Kromatografi Warna

Merah, kuning dan biru merupakan warna primer, di mana warna-warna ini bersifat tulen dan tidak boleh terhasil daripada campuran warna lain. Maka, pencampuran warna primer adalah punca pertambahan bilangan warna-warna yang lain. Justeru itu, aktiviti kali ini dikenali sebagai Kromatografi Warna di mana pemisahan warna berlaku apabila pencampuran komponen yang berlainan bertembung pada kelajuan yang berbeza.

Bahan- bahan:

1. Kertas tisu

2. Magic colour

3. Air

4. Gunting


Cara-caranya:

1. Gunting kertas secara memanjang 

2. Tandakan segaris warna berdekatan hujung kertas

3. Celup kertas ke dalam air tanpa menyentuh warna

Saksikan bagaimana proses kromatografi mendedahkan kehadiran warna baru dan pelajari jenis-jenis warna yang digunakan untuk menghasilkan warna tertentu. Klik video dibawah ini untuk melihat proses kromatografi dengan lebih teliti :)



Shared by Sofea Wafa
Guest Blogger

Sunday 25 October 2020

Jaring Boleh Buat Air Tak Tumpah!

Anda mungkin pernah melihat air di dalam cawan plastik yang mempunyai jaring kemudian ditutup dengan sekeping kadbod dan apabila diterbalikkan kadbod itu melekat pada permukaan penutup cawan itu dan air di dalamnya tidak tumpah. 

Itu sahaja telah membuatkan ianya sangat menarik tetapi anda juga boleh membuatkan lebih menarik lagi dengan membuatkan air itu tidak tumpah apabila kad itu ditarik keluar. Anda pasti akan dapat membuatkan rakan-rakan anda terkejut apabila kad itu ditarik.

Aktiviti ini hanya memerlukan 4 bahan yang sangat mudah didapati di rumah. 4 bahan itu adalah cawan plastik, air, jaring dan kadbod. Adakah bahan itu semua ada di rumah anda? Jikalau ada, jom kita cuba buat aktiviti ini!

Aktiviti ini  sangat menarik untuk anda bersama rakan-rakan dan keluarga anda cuba. Ia pasti akan membuat mereka kagum apabila melihat hasilnya!




Shared by Aina Khairunnisa
Guest Blogger

Friday 16 October 2020

Telur Berdiri!



'Telur Berdiri' adalah aktiviti yang menyeronokkan untuk dicuba apabila anda bosan atau sedang mencari aktiviti berbentuk 'cabaran' untuk mengisi masa lapang bersama keluarga di rumah.

Cuba seimbangkan telur di atas permukaan meja dan bertanding dalam satu perlumbaan bersama rakan atau ahli keluarga anda. Pengimbangan telur pasti sukar dikuasai. Sungguhpun begitu,  anda mungkin boleh  melakukannya dengan sedikit latihan.

Telur mempunyai bentuk yang unik yang boleh membuatkan ia seimbang di bahagian hujung atau di sisi. Cara yang paling mudah untuk mengimbangi telur adalah dengan menyokong hujung bulat pada permukaan kasar, seperti menggunakan timbunan garam. Dengan sedikit kesabaran, anda dapat mengimbangkan telur di atas meja yang licin. Mari kita lihat aksi dalam video ini!

Silap mata ini  sangat hebat kerana apabila terdapat garam di bahagian bawah telur, ia menjadikan luas tapak permukaan lebih luas. Semakin besar luas tapak permukaan sesuatu objek, semakin stabil objek tersebut. Apabila diletakkan di atas meja, telur secara semula jadi berorientasikan dirinya dengan 'paksi menegak' selari dengan permukaan meja seolah-olah kelihatan seperti telur itu berdiri.

Jadi, apa yang ada tunggu lagi. Jom segera ke dapur dan dapatkan sebiji telur beserta sedikit garam dan terus mencubanya. Ia pasti menyeronokkan!




Posted by Ayu
Petrosains Blogger 

Saturday 10 October 2020

3 Lapisan Menara Cecair Yang Luar Biasa



Cuba aktiviti ini! Pertama, anda akan menemui cara mendapatkan 3 lapisan menara cecair di atas satu sama lain. Itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan ia kelihatan sangat menarik.  Ia seterusnya akan kelihatan lebih menarik lagi  apabila anda mengetahui cara untuk membuatkan objek yang berbeza “terapung” di tengah-tengah semua menara cecair itu. 

Lapisan menara cecair dengan  ketumpatan berbeza dan aktiviti terapung atau tenggelam ini sangat menakjubkan. Tonton video ini untuk mempelajari dan mencubanya! Anda akan berasa kagum dengan demonstrasi ketumpatan menara ini. Anda juga boleh mencubanya dengan pelbagai jenis cecair yang mempunyai ketumpatan berbeza di rumah! 

 

Ia pasti akan membuat anda sendiri dan rakan-rakan anda terkejut dengan apa yang anda boleh lakukan dengan 3 lapisan menara cecair ini! 



Posted by Ayu
Petrosains Blogger 


Thursday 1 October 2020

Belon Boleh Mengembang Tanpa Ditiup! Bagaimana Caranya?

Apabila ada perayaan seperti hari jadi, salah satu hiasan yang selalu ada ialah belon dengan pelbagai warna dan bentuk.

Belon boleh mengembang apabila diisi dengan udara. Ia boleh dilakukan dengan mengepam belon menggunakan alat pengepam belon, mengisinya dengan gas helium atau meniupnya dengan mulut anda sendiri. 


Udara yang diisi ke dalam belon dapat membuatkan belon itu mengembang kerana belon itu diperbuat daripada getah iatu bahan yang elastik. Apabila udara memasuki belon, udara akan mengisi ruang kosong di dalam belon dan udara itu akan memberi tekanan pada belon itu sehingga belon mengembang. Walaupun ianya elastik, belon juga boleh meletup jika terlalu banyak udara yang dimasukkan ke dalamnya. Ini disebabkan oleh daya keanjalannya yang telah mencapai had maksimum.


Selain daripada tiga kaedah ini, anda juga boleh membuat belon mengembang tanpa perlu meniupnya, mengepamnya atau mengisinya dengan gas helium. Kita hanya perlu memegang belon yang masih kempis itu untuk sementara waktu, kemudian lihat belon itu mengembang.

Wah hebat sekali, ya! Bagaimana cara untuk melakukannya ?


Rahsia bagaimana belon dapat berkembang walaupun kita tidak meniupnya adalah dengan menggunakan dua bahan yang boleh diperoleh di dapur. Dua bahan itu adalah sodium bikarbonat dan cuka yang sering digunakan oleh ibu untuk memasak.

Rakan-rakan, adakah bahan itu ada di dapur anda? Sekirannya ada jom kita sediakan bahan seterusnya! Selain cuka dan sodium bikarbonat, anda juga harus menyediakan belon. Kemudian, sediakan juga sebuah botol plastik dan corong yang diperbuat daripada kertas. 

Ayuh, jom mulakan! Saksikan video ini untuk megetahui bagaimana caranya!

Wah, belon sudah mengembang! Mudah saja, kan? Cuka dan sodium bikarbonat ini tidak merbahaya tetapi memerlukan pengawasan. Cubalah bersama keluarga anda ... pasti akan teruja!





Posted by Ayu
Petrosains Blogger