Monday 7 January 2019

Maksud ‘E’ Dalam STEM dan Mengaplikasikannya Dalam Pendidikan Formal



Pendidikan STEM Bersepadu adalah satu gagasan baharu kurikulum sains dan matematik kebangsaan. Ia menggantikan gagasan sebelumnya (Sains dan Teknologi) dengan memperakukan pemusatan pembelajaran pada pelajar sebagai penyelesai masalah.


STEM adalah kependekatan daripada perkataan-perkataan dalam Bahasa Inggeris iaitu š˜šš˜¤š˜Ŗš˜¦š˜Æš˜¤š˜¦, š˜›š˜¦š˜¤š˜©š˜Æš˜°š˜­š˜°š˜Øš˜ŗ, š˜Œš˜Æš˜Øš˜Ŗš˜Æš˜¦š˜¦š˜³š˜Ŗš˜Æš˜Ø, dan š˜”š˜¢š˜µš˜©š˜¦š˜®š˜¢š˜µš˜Ŗš˜¤š˜“, dengan (1) š˜šš˜¤š˜Ŗš˜¦š˜Æš˜¤š˜¦ sebagai bidang yang terlibat menyediakan pengetahuan, (2) š˜›š˜¦š˜¤š˜©š˜Æš˜°š˜­š˜°š˜Øš˜ŗ adalah pengaplikasiannya, (3) š˜Œš˜Æš˜Øš˜Ŗš˜Æš˜¦š˜¦š˜³š˜Ŗš˜Æš˜Ø menjurus kepada penyelesaian masalah, dan (4) š˜”š˜¢š˜µš˜©š˜¦š˜®š˜¢š˜µš˜Ŗš˜¤š˜“ adalah bidang pengkuantitian supaya penerokaan yang dilakukan itu bersifat munasabah dan boleh didefinisi secara operasi.

Kita ingin memberikan perhatian yang istimewa untuk huruf š˜Œ pada perkataan STEM iaitu š˜Œš˜Æš˜Øš˜Ŗš˜Æš˜¦š˜¦š˜³š˜Ŗš˜Æš˜Ø atau Kejuruteraan kerana peluang yang ditawarkannya. Ia membolehkan pelajar bertanya-tanya akan apa-apa yang mencuit hati. Lebih maju lagi, pertanyaan ini perlu ada nilai tanggungjawab padanya dan justeru pelajar akan perlahan-lahan, dengan bimbingan, berupaya membina pertanyaan yang boleh diambil tindakan dan diuji.

Menyediakan pengalaman pembelajaran STEM Bersepadu yang lengkap itu sebenarnya perlu mengambil kira pengalaman sebenar pelajar berinteraksi dengan bahan pembelajaran. Ia tidak boleh hanya menggunakan model buatan atau sekadar bahan bercetak sahaja.

Jika misalnya ia berkenaan beberapa hubungan yang boleh dikenalpasti bagi interaksi antara air dengan tanah, seperti (1) kadar alirannya untuk jenis-jenis tanah berbeza, (2) kadar cepatnya air bertakung jika jenis tanah berbeza digunakan, dan/atau (3) bagaimana jenis tanah berbeza berfungsi mengawal arah aliran air, atau mengawal kadar alirannya - maka guru perlu benar-benar menyediakan bahan ini. Bukan itu sahaja, perlu selanjutnya dipupuk pula daya fikir pelajar untuk menyelesaikan satu permasalahan sebenar kehidupan manusia. Boleh jadi dalam hal ini adalah masalah banjir kilat akibat jenis tanah yang ada yang tidak berupaya mengurus derasnya kadar air berkumpul daripada aktiviti hujan. STEM Bersepadu yang lengkap - itulah kekangannya. Ia mesti melibatkan interaksi pelajar dengan bahan semulajadi.

Andaikata syarat tersebut tidak dapat dipenuhi, guru masih boleh melaksanakan gagasan ini dengan menggunakan istilah cadangan 'aktiviti cenderung STEM' untuk penggunaan model dan Bahan Bantu Belajar gantian. Sila rujuk hantaran berkenaan tajuk ini pada laman FB ini bertarikh 25 Ogos 2017 (ketik šŸ‘‰ #cenderungstem2017) untuk sampel aktiviti pembelajaran informal dan penjelasan lanjut. Apabila guru menggunakan pendekatan ini, pelajar masih boleh sedikit sebanyak meneroka konsep-konsep pembelajaran berkaitan sambil guru menyediakan perkaitan dengan permasalahan sebagai unsur E pada STEM.

 
Shared by Imran Arif
Guest Blogger

1 comment:


  1. ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
    dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
    segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q

    ReplyDelete