Thursday, 15 November 2018

3 Aspek Pembelajaran PAK20 & PAK21




Ada tiga aspek dalam sesebuah pembelajaran iaitu (1) arahan, (2) soalan, dan (3) pernyataan.


(1) 𝗔𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻

Ini adalah satu-satunya aspek dalam pembelajaran yang 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐫𝐞𝐛𝐮𝐭 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐠𝐮𝐫𝐮, tidak mengira abad ke berapa pun pendekatan pendidikan itu diguna pakai sebagai gagasan pendidikan kebangsaan. Ia menjadikan peranan guru kekal relevan hingga akhir zaman.

Guru sebenarnya bukan sekadar hadir untuk murid 'memuat turun' pengetahuan daripadanya tetapi yang lebih besar peranannya adalah menyediakan pengalaman untuk muridnya terokai.

Arahan yang baik menunjuk arah untuk murid kekal dalam konteks pembelajaran yang dihasratkan. Jika sebaliknya berlaku, murid akan hilang arah dan boleh hilang minat kerana terganggu tumpuan.

Guru boleh belajar lebih lanjut tentang keberkesanan 'memberikan arahan untuk mengisi objektif pembelajaran yang dihasratkan' dengan menghadiri kursus-kursus berkenaan perbandingan pendekatan untuk pembelajaran murid.


(2) 𝗦𝗼𝗮𝗹𝗮𝗻

Setelah menerima arahan daripada guru, murid akan meneroka dalam ruang lingkup yang dibenarkan. Sudah menjadi kesemulajadian dalam meneroka, perkara-perkara yang menghairankannya akan timbul dalam bentuk 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐚𝐥𝐚𝐧. Sebahagiannya akan diucapkan dan didengari guru dan sebahagian lagi hanya didiamkan. Ia bergantung pada kemahiran guru untuk mencungkil, menggalak, dan memupuknya.

Menetapkan soalan justeru boleh dilakukan bukan oleh guru sahaja tetapi juga oleh murid; apabila keadaan ini berlaku dan menjadi bahagian penting pembelajaran, menjadilah pembelajaran itu '𝐛𝐞𝐫𝐩𝐮𝐬𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐫𝐢𝐝'. Inilah jantung hati pendekatan PAK21 - jika ingin ditekankan perbezaan utamanya dengan PAK20.


(3) 𝗣𝗲𝗿𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮𝗮𝗻

Apa yang dimaksudkan dengan pernyataan adalah maklumat atau fakta, atau jawapan kepada persoalan oleh guru atau murid. Adakalanya murid diminta mencarinya tetapi sering juga guru sudah menyiapkannya.

Pernyataan atau jawapan yang hadir akan lebih dihayati murid apabila ia memenuhi persoalannya berbanding soalan yang ditanyakan guru. Jawapan yang ditemukan yang memuaskan rasa ingin tahunya akan kekal lebih lama dalam ingatan murid itu dan ia akan turun ke hati.



 
Shared by Imran Arif
Guest Blogger

2 comments:


  1. ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
    dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
    segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q

    ReplyDelete
  2. I am really grateful to you as you shared this. I am recently developing an app gala apple nutrition which is you might be interested to look on it.

    ReplyDelete