Tuesday 28 October 2014

Air 'Bergas' + Gula-gula 'Berpudina' = Air Pancut




Apa yang diperlukan?
Bahan-bahan yang diperlukan untuk menjalankan eksperimen ini adalah sebotol minuman ringan bergas (sebarang perisa) dan beberapa biji gula-gula berpudina. 


Bagaimana cara membuatnya?
Buatkan satu lubang kecil pada penutup botol. Ikatkan gula-gula berpudina pada seutas benang. Kemudian, masukkan benang tersebut melalui lubang pada penutup botol dan biarkan gula-gula berpudina di bahagian bawah penutup botol (sila rujuk pada gambarajah  di bawah). Tuang keluar sedikit air bergas dari botol tersebut (anggaran sehingga paras di mana gula-gula berpudina tidak akan mencecah air bergas di dalam botol). Kemudian, tutup dengan kemas penutup botol tersebut. Pegang tali dengan kemas. Akhir sekali, lepaskan tali tersebut. Gula-gula berpudina akan masuk ke dalam minuman bergas. Perhatikan apa yang berlaku. Air pancut akan terhasil melalui lubang pada penutup botol. 



Perhatian:
1. Penyediaan untuk eksperimen ini perlu dijalankan dengan kadar yang segera bagi mendapatkan kesan yang lebih ketara.
2. Untuk melakukan eksperimen ini, gula-gula tersebut boleh juga dimasukkan begitu sahaja ke dalam botol minuman bergas (tidak semestinya diikat pada tali) tetapi cara yang dinyatakan di atas  adalah untuk mendapatkan kesan yang lebih ketara.


Apa yang berlaku?
Di dalam air bergas terdapat gas karbon dioksida. Gas ini sebenarnya yang menyebabkan rasa 'gas' di dalam minuman ringan. Apabila gula-gula dimasukan ke dalam air bergas, sejenis bahan kimia yang terdapat dalam gula-gula berpudina tersebut iaitu 'Arabic Gum' akan melemahkan ketegangan permukaan air bergas dan menyebakan gas karbon dioksida di dalam minuman akan mengembang. Proses ini dibantu juga dengan dengan permukaan gula-gula berpudina  yang kasar yang menyebabkan lebih banyak lagi gas karbon dioksida yang akan terhasil. Proses ini dinamakan 'penukleusan'. Oleh kerana telalu banyak gas karbon dioksida yang terhasil, maka tekanan di dalam botol menjadi tinggi dan seterusnya menyebabkan letusan air pancut keluar dari lubang pada penutup botol tersebut. 











Posted by Ayu
Learning Specialist, Petrosains




No comments:

Post a Comment