Showing posts with label botany. Show all posts
Showing posts with label botany. Show all posts

Monday, 23 June 2014

Adakah Tongkat Ali Sama Dengan Ginseng?


Kenali Tongkat Ali

Untuk mengetahuinya, mari luangkan sedikit masa untuk menyaksikan paparan video 'Bersama Saintis dari Universiti Malaysia Sabah, Encik Awang Ahmad Yunus mengupas beberapa persoalan menarik mengenai Tongkat Ali'.

5 fakta mengenai Tongkat Ali yang dibincangkan:-

Adakah Tongkat Ali berakar serabut atau tunjang?
Apakah perbezaan antara Tongkat Ali dengan Ginseng?
Adakah Tongkat Ali mengandungi bahan merbahaya?
Akar Tongkat Ali muda atau tua?
Apakah kesan terhadap ayam yang makan makanan yang diproses dari Tongkat Ali?





Maklumat selanjutnya mengenai Tongkat Ali, sila layari 
http://creating-wonder.blogspot.com/2013/03/mengenali-tongkat-ali-bersama-awang.html 








Posted by Ayu
Learning Specialist, Petrosains





Friday, 13 June 2014

Pokok ber'duit' tapi Menumpang



Teringat pada zaman kanak-kanak apabila bermain permainan 'jual beli' lalu akan menggunakan daun sejenis tumbuhan yang melekat pada batang pokok kelapa sebagai duit syiling. Daun pokok ini digunakan kerana rupanya yang 'bulat-bulat' kecil menyerupai rupa duit syiling sepuluh sen. Rupa-rupanya memang nama pokok ini  pokok duit-duit.

Lalu keinginan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pokok unik dan pelik ini semakin mendalam. Yang pastinya pokok ini hidup menumpang kerana ia tumbuh di atas batang pokok yang besar seperti batang pokok kelapa. Itulah salah satu sifat pokok duit-duit ataupun lebih tepat pokok duit-duit sakat ribu-ribu atau nama saintifiknya Pyrrosia piloselloides. 

Tergolong dalam keluarga pakis, pokok ini merupakan sejenis tumbuhan yang hidup menjalar pada pokok-pokok berbatang besar. Akar rayap halusnya akan merebak di permukaan batang pokok yang ditumpangnya dan melekat pada kulit batang kayu.

Ramai yang berpendapat pokok ini parasit tetapi ini tidak benar. Walaupun menumpang, pokok duit-duit sakat ribu-ribu bukanlah parasit iaitu hubungan simbiosis di antara dua organisma di mana organisma penumpang dalam kes ini pokok duit-duit mendapat manfaat daripada organisma perumah (batang pokok) sehingga menjejaskan perumahnya. Sebaliknya ia adalah tumbuhan epifit iaitu tidak menjejaskan perumahnya dan mampu membuat makanan sendiri. Akarnya yang menjalar tinggi akan menyerap air ketika hujan.


Ia kekadang juga kelihatan menggelikan. Namun tidak hairanlah pokok ini juga dikenali sebagai sisik naga kerana daunnya yang berbentuk bulat, lonjong atau bujur tumbuh tersusun bersilang-silang rapat antara satu sama lain. Daunnya berwarna hijau muda atau hijau gelap dengan ukuran 2-3 cm panjang setiap satu. Daun-daunnya mungkin kecil, tetapi mempunyai kandungan air yang banyak.

Ia membiak melalui spora yang terdapat pada daunnya. Apabila pokok dituip angin, spora-spora matang akan terbang dan jatuh pada pokok-pokok lain disekitar, seterusnya akan membentuk pokok duit-duit baru apabila cuaca lembab atau hujan.

Disebalik penampilan yang biasa, para pengemar aktiviti  berkebun dan lanskap sering kali mengubakannya sebagai aksesori tambahan diatas pohon-pohon yang lain. Rupanya yang tidak terlalu menonjol membuatkan kecantikan pokok lain terserlah dengan mengunakan pokok duit-duit sebagai tambahan.

Kesimpulannya, bukanlah benar-benar pokok ini ber'duit' tetapi digelar sebagai pokok duit-duit kerana rupa bentuknya menyerupai duit syiling. Ia tumbuh menumpang kerana secara tabiinya yang hidup menjalar di atas organisma lain namun tidak akan menjejaskan perumahnya. Namun harus diingat agar kita tidak mengambil daun-daun pokok-pokok ini secara mencabut dan menariknya secara kasar begitu sahaja kerana pokok ini amat bergantung pada akarnya untuk membuat makanan. 



#eww








Shared by Atika Nordin
Intern at Petrosains, The Discovery Centre




Wednesday, 20 November 2013

Dari mana asalnya asam keping?


Bercakap mengenai asam keping, pastinya ramai yang pernah melihatnya? Apatah lagi kepada sesiapa yang selalu             menjenguk ke dapur untuk memasak. Tetapi, pernahkah kita terfikir, asam keping di perbuat daripada apa? Dari mana    asalnya asam keping? Perkongsian yang sangat menarik pada kali ini adalah  mengenai sesuatu perkara yang mungkin      ramai yang tidak pernah mengetahuinya atau melihatnya sendiri.


Asam keping berasal daripada buah asam gelugur. Asam gelugur adalah sejenis buah yang boleh diperolehi dari pokok     asam gelugur. Gambar di atas menunjukkan  pokok asam gelugur. Jika diperhatikan  dari segi morfologinya, pokok asam gelugur lebih tinggi dari  pokok-pokok yang lain dan ketinggiannya boleh mencecah 10 hingga 15 meter. 
Daunnya pula berbentuk bujur memanjang seperti yang dapat dilihat dalam gambar di atas. Buah asam gelugur berketak di sekelilingnya. Buah asam gelugor yang muda bewarna hijau manakala buahnya yang sudah matang bewarna kuning. 
Pada kebiasaannya, buah yang telah matang akan dikait dengan menggunakan galah. Kadang kala buah asam gelugur ini boleh dijumpai gugur di atas tanah kerana sudah terlalu masak. Untuk membuat asam keping, buahnya akan di potong     setebal  3mm. Kemudian  ia akan disusun di atas permukaan yang rata dan di jemur di bawah panas matahari selama 4      hingga 7 hari.
Rasa masam dari buah asam gelugur sebenarnya berasal dari rasa masam pelbagai jenis asid yang terkandung di dalam     buahnya. Di antaranya adalah asid sitrik, asid tartarik dan asid askorbik di samping ia juga mengandungi khasiat lain         seperti serat, vitamin dan mineral. Asam keping digunakan sebagai bahan perasa di dalam kebanyakan masakan seperti   asam pedas, masakan singgang dan kuah laksa. selain itu, rasa masam dari  asam keping juga digunakan untuk membasuh bahan mentah seperti ikan kerana ia boleh menghilangkan bau yang hanyir.




Posted by Ayu
Learning Specialist, Petrosains