1. Pertama sekali, tafsir frasa yang ditulis dengan menutup separuh frasa berkenaan secara melintang.
2. Adakah anda dapat membaca frasa itu dengan mudah?
Kebanyakan orang akan membaca frasa tersebut dengan mudahnya iaitu, “NEUROSCIENCE FOR KIDS”.
Tahukah anda bahawa kita mudah membuat kesimpulan dengan cepat. Sebenarnya, mata anda telah terpedaya. Dalam waktu yang sama, otak anda pula bersedia untuk mentafsir maklumat yang tidak semestinya betul.
Sekarang, cuba buang bahagian bawah frasa di bawah.
Adakah jawapan anda sama seperti di bawah?
Cuba teroka lagi !
Anda juga boleh mencipta frasa rumit anda yang tersendiri. Berikut adalah kod yang anda perlukan. Syaratnya, puncak huruf yang sama dikategorikan sekali.
C = G | E = F | H = U | I = J = L
R = P = B | O = Q | X = Y
Contohnya, anda boleh cuba frasa di bawah dan kemudian gantikan huruf yang mempunyai puncak yang sama seperti di bawah.
“JLHSJ” menjadi “ILUSI”
“BFJANCL” menjadi “PELANGI”
Bila anda mempunyai frasa yang baru, anda perlu menutup sebahagian daripada frasa itu dan lihat samada orang lain boleh membaca frasa anda.
Melalui karya seni imaginatif, ilusi menunjukkan bahawa apa yang kita lihat sering berbeza daripada realiti sebenarnya. Inilah yang dilakukan oleh ahli silap mata dan fenomena ini dikaji oleh neurosaintis. Selain itu, Hukum –hukum Persepsi juga menyatakan yang pengguna melihat objek dalam persekitaran dan menafsir objek yang dipaparkan semudah yang mungkin. Ini juga adalah kerana kita mempunyai pengetahuan awal tentang apa yang biasa kita lihat.
Selamat Mencuba!
1. https://faculty.washington.edu/chudler/chvision.html#escher
2. https://faculty.washington.edu/chudler/hidnfk.html
3. Philip G. Zimbardo, Robert L. Johnson & Vivian McCann. Pscychology Core Concepts. 7th Edition. Pearson.
Shared by Nor
Guest Blogger