Thursday, 30 April 2015

Pelajari Maksud Papan Tanda Ketika Berada di Jalan Raya


Tentu ramai di antara kita yang menuju ke destinasi-destinasi tertentu bersempena cuti panjang. Jadi, kepada penumpang-penumpang pengguna jalan raya, ambillah peluang ini untuk mempelajari maksud papan tanda jalan raya di sepanjang perjalanan menuju ke destinasi anda.

Bukan tidak boleh belajar teori melalui buku-buku rujukan, laman-laman sesawang atau rujukan lain, tetapi sekiranya kita mengambil peluang belajar ketika berada di jalan raya, kita juga turut melakukan praktikal di mana secara automatik kita dapat mengetahui di mana selalunya papan tanda tertentu di tempatkan dan sebab kenapa ia diletakkan di situ.

Sebagai contoh, perhatikan papan tanda dalam gambar di bawah. Apakah maksud papan tanda yang diletakkan di hadapan jalan utama Menara Berkembar PETRONAS, Kuala Lumpur. Kenapa ia diletakkan di situ? 

Papan tanda ini adalah isyarat tanda 'kenderaan adalah dilarang masuk'. Kenderaan adalah dilarang masuk kerana untuk mengelakkan kesesakan jalan raya di hadapan bangunan ini. 
Selain itu, anda juga boleh melakukan aktiviti di bawah untuk mendalami ilmu tentang papan tanda jalan raya.


Aktiviti: Klip Kertas Papan Tanda

Tujuan
Untuk mempelajari tentang papan tanda jalan raya dengan cara yang lebih menarik

Bahan -bahan:
Sekepeing kadbod, gunting, pewarna, gam kertas, gam panas, klip kertas dan templat papan tanda yang tidak bewarna seperti yang disertakan di bawah.

Cara-cara membuatnya:
1. Warnakan templat papan tanda dengan menggunakan pewarna
2. Tampal templat yang sudah diwarnakan pada sekeping kadbod dan gunting templat itu
3. Lekatkan templat tadi pada klip kertas dengan menggunakan gam panas.
4. Biarkan ia mengering dan klip kertas anda sudah tersedia.

Klip kertas yang sudah siap boleh digunakan sebagai alat tulis di sekolah mahupun di pejabat. Secara tidak langsung.  kita dapat mempelajari  isyarat papan tanda jalan raya ketika melakukan kerja seharian yang lain. Ini juga dapat menggalakkan golongan kecil untuk lebih suka untuk mempelajari tentang maksud isyarat jalan raya.

Templat papan tanda dan maksudnya
Dilarang Menyembunyikan Hon

Ikut Arah

Simpang Empat

Dilarang Berhenti

Cerun Menurun

Jalan Tidak Rata

Dilarang Meletak Kenderaan

Jalan Licin

Jalan Semakin Sempit

Peringatan Di Zon Laju

Kawasan Tanah Runtuh

Bulatan Di Hadapan

Tanda Arah Selekoh Ke Kanan
Berhati-hati

Lintasan Keretapi Berpagar

Lampu Isyarat Di Hadapan

Klinik

Perhentian Bas


Selamat mencuba!




Posted by Ayu
Petrosains

No comments:

Post a Comment