Tuesday, 17 January 2017

Bagaimana Kolam Air Panas Terjadi?



Baru- baru ini saya dan keluarga ke kolam air panas yang terletak di Ulu Legong, Baling di Kedah. Saya melihat ramai orang merendam kaki di sana. Terdapat tiga jenis kolam air panas yang disediakan mengikut suhu yang berbeza. Lalu saya pun terfikir, bagaimana air panas tu terjadi? Adakah ianya berlaku secara semulajadi atau buatan manusia?


Tahukah anda dari mana datangnya air panas ini? Sumber air panas (mata air panas) adalah mata air yang dihasilkan akibat keluarnya air tanah dari kerak bumi setelah dipanaskan secara geoterma (panas bumi). Air ini bersuhu 37 °C dan ke atas. Tetapi, ada sebahagian mata air panas mengeluarkan air bersuhu hingga melebihi 100℃ (di atas takat didih). 


Berdasarkan rajah di atas, air yang keluar dari mata air panas dipanaskan oleh proses geoterma atau (panas bumi). 

Tahukah anda! Semakin dalam letaknya batu-batuan di dalam perut bumi, semakin meningkat pula suhu batu-batuan tersebut! 

Air merembes ke dalam kerak bumi, dan dipanaskan oleh permukaan batu yang panas. Air yang sudah dipanaskan keluar di mata air panas yang lokasinya jauh dari gunung berapi. Di kawasan gunung berapi pula, air dipanaskan oleh magma hingga menjadi sangat panas.

Pernahkah anda terfikir sejauh mana sumber kolam air panas akan sentiasa ada?

Oh ya! Selamat   meneroka tempat – tempat yang mempunyai kolam air panas di Malaysia!




Shared by Norhidayah Alias
Guest Blogger

6 comments:

  1. air panas tu sesuai ke kalau buat minuman....bagus atau tidak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sesuai sebab x menepati kualiti standard air kebangsaan

      Delete
    2. Saya datang sini sebab cari jawapan. Saya nak letak jawapan ni kat buku saya. Saya tak tahu nak cari jawapan kat mana 😂

      Delete
  2. Berikan satu contoh fenomena lain hasil proses yang sama dengan pembentukan kolam air panas...can u answer it quickly,I need to know the answer

    ReplyDelete
  3. Apakah proses hidroterma yang sama dengan kolam panas

    ReplyDelete
  4. Jadi,kat Malaysia ni memang ada gunung berapi klau kolam air panas wujud

    ReplyDelete