Friday, 3 April 2015

Teka-teki Penyedut Minuman!


Ambil sebatang penyedut minuman boleh laras dan sebatang penyedut minuman lurus. Sambungkan kedua-duanya sehingga membentuk seperti huruf 'V' terbalik seperti di dalam gambar di bawah.

Ambil sebatang lagi penyedut minuman yang lurus. Di atas permukaan yang tidak licin, tegakkan penyedut minuman itu tadi seperti bentuk piramid. Sila rujuk gambar di bawah.
Pastikan bentuk piramid stabil sebelum kita boleh melakukan teka-teki ini. 
Anda memerlukan sebatang lagi penyedut minuman yang lurus. Teka-tekinya adalah:

'Bagaimana cara untuk mengangkat ketiga-tiga batang penyedut minuman yang berbetuk piramid itu dengan hanya menggunakan sebatang penyedut minuman yang lurus?' 

Cuba beberapa kali untuk menyelesaikan teka-teki ini. Tonton video di bawah untuk mengetahui jawapannya.


Selain daripada menyelesaikan masalah teka-teki, kita juga mempelajari bagaimana untuk menstabilkan sebuah struktur yang dibina menggunakan penyedut minuman.





Posted by Ayu
Petrosains

No comments:

Post a Comment