Thursday, 14 May 2015

Ingat Tak Apa Yang Cikgu Anda Pernah Ajar Dulu?


Setiap tahun pada tanggal 16 Mei, merupakan sambutan Hari Guru Kebangsaan di Malaysia. Pasti ada banyak kenangan pahit dan manis semasa di dalam alam persekolahan. Setiap dari kita pasti mempunyai cikgu yang paling di sayangi dan di ingati dan ada pula yang paling di takuti. Apapun, secara keseluruhannya cikgu -cikgu telah banyak berjasa dalam mendidik anak bangsa demi menjadi seorang insan yang berguna. 

Selamat Hari Guru! 
Sebagai menghargai jasa-jasa guru, perkongsian di bawah merupakan satu bukti yang amat bermakna kerana memori bilik darjah berikut adalah perkara yang telah di ajar oleh para guru kita suatu ketika dahulu dan ia boleh dijadikan sebagai panduan kepada semua pelajar-pelajar kini:-

Ingat tak nama-nama planet dalam sistem suria kita? Adakah anda mengingatinya mengikut turutan? Jom lihat video ini untuk cara yang lebih mudah menghafal nama-nama planet.


Akronim adalah salah satu cara yang boleh digunakan untuk mengingati banyak fakta-fakta sains. Kita boleh mencipta akronim sendiri dengan kreatif supaya lebih senang untuk lebih ingat tentang sesuatu perkara. Selain dari nama-nama planet, akronim juga dicipta untuk menghafal  warna-warna pelangi mengikut turutan yang betul.



Video seterusnya pula menerangkan bagaimana cara yang mudah membezakan antara 'hidrofilik' dan 'hidrofobik'. Masihkah anda ingat perkara-perkara lain semasa kelas Biologi anda?



Berikut adalah pengkongsian daripada Cikgu Saiful. Cikgu Saiful ingin berkongsi tentang satu cara yang sangat mudah yang telah diajar oleh cikgu beliau untuk menukar unit. 



Ikuti pula video ini untuk mempelajari teknik yang mudah untuk membuat operasi darab dan bahagi dalam pecahan.


Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda masih ingat apa yang cikgu anda pernah ajar pada satu ketika dulu?

Terima kasih cikgu!





Posted by Ayu
Petrosains

No comments:

Post a Comment