Friday, 22 May 2015

Brontosaurus Hidup Kembali!


Benarkah? Kalau benar, di manakah ia?

Setelah beberapa dekad para saintis mengesahkan bahawa Brontosaurus, sejenis dinosaur yang dikategorikan dalam famili Diplodocida adalah sebenarnya tidak wujud kerana ia memiliki ciri-ciri yang sama dengan Apatosaurus, iaitu sejenis dinosaur yang juga berada di dalam famili yang sama di samping Diplodocus, tetapi kajian saintifik terkini telah membuktikan sebaliknya.
Kredit imej: Davide Bonadonna, Milan, Italy. Creative commons license CC- BY NC SA


Memang benar Brontosaurus telah hidup kembali! Tetapi  bukan secara fizikal tetapi secara pengkelasan ciri-ciri dalam penamaan taksonomi. Brontosaurus adalah sejenis dinosaur yang pernah mendiami bumi satu ketika dahulu. Brontosaurus ataupun juga dikenali sebagai 'thunder lizards' adalah dinosaur yang berbadan besar, memiliki leher yang panjang dan juga ekor yang panjang (seperti dalam gambar di atas).

Genus Brontosaurus telah diberi dan dinamakan pada tahun 1879 oleh seorang ahli paleontologi, Othinel Charles Marsh. Walaubagaimanapun, pada tahun 1903, seorang lagi ahli paleontologi , Elmer Riggs telah mendapati bahawa Brontosaurus mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan Apatosaurus.  Oleh sebab Apotosaurus telah dikelaskan terlebih dahulu pada tahun 1877 mengikut sistem penamaan saintifik, keutamaan diberikan terhadap spesies terdahulu. Nama 'Apatosaurus' kekal dan ini menyebabkan 'Brontosaurus' dikatakan 'pupus'.

 Sumber: https://peerj.com/articles/857/

Kini, semuanya telah berubah! Brontosaurus hidup kembali! Bukan dari segi fizikal tetapi berdasarkan kajian pada fosil Brontosaurus, ia telah membuktikan kumpulan dinosaur ini berhak memperoleh genusnya sendiri. Ataupun dengan erti kata lain dinosaur ini layak dipanggil dengan nama asalnya iaitu 'Brontosaurus'! Hasil kajian menunjukkan perbezaan ciri-ciri yang nyata pada bahagian tulang leher di antara Brontosaurus dan Apatosaurus. Brontosaurus mempunyai leher yang lebih panjang dan sedikit lebar menurut ketua ahli paleontologi di New University of Lisbon di Portugal.

Kajian yang telah dijalankan adalah merangkumi 300 kajian laman muka surat yang menganalisa sebanyak 477 perbezaan ciri fizikal pada 81 spesimen sauropoda ini yang mengambil masa selama lima tahun termasuk melibatkan beberapa kali lawatan ke muzium koleksi spesimen di Eropah dan Amerika Syarikat. 


Bacaan lanjut boleh diperolehi di:-







Posted by Ayu
Petrosains

No comments:

Post a Comment