Tuesday, 26 March 2013

Mengenali Tongkat Ali Bersama Awang Ahmad (UMS)


HotScience | Petrosains
 
Awang  Ahmad Bin Mohd Yunus adalah seorang saintis dan juga merupakan seorang pensyarah kanan di Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa, Universiti Malaysia Sabah (UMS), telah membuat kajian mengenai Tongkat Ali bermula dari tahun 2003 hingga kini.  Di antara inovasi beliau adalah:

1.    Teknologi tanaman Tongkat Ali di dalam ladang hutan.
2.    Teknologi tanaman Eurypot: Kaedah penanaman Tongkat Ali dalam keadaan terkawal.
3.    A-yamli: Makanan untuk ternakan ayam.

Awang Ahmad, Pensyarah Kanan dari Universiti Malaysia Sabah


Apakah itu Tongkat Ali?

Tongkat Ali merupakan spesies tumbuhan herba yang tergolong dalam keluarga Simaroubaceae. E. longifolia adalah salah satu dari empat spesies yang selalu digunakan.



Di Malaysia Tongkat Ali juga dikenali sebagai Penawar Pahit, Penawar Bisa, Bedara Merah, Bedara Putih, Ginseng Malaysia, Setunjang Bumi, Lempedu Pahit, Payung Ali, Tongkat Baginda, Muntah Bumi dan Petala Bumi. 

Secara amnya tumbuhan Tongkat Ali berasal dari Asia tenggara dan mempunyai taburan  majoriti semulajadi di Malaysia, Indonesia, Myammar dan Thailand. Namun sekarang, taburannya telah berkembang ke negara-negara Asia tenggara yang lain seperti Laos dan Filipina.  Ini mungkin disebabkan oleh faktor komersial dan potensi baru yang wujud serta faktor perkembangan teknologi dalam bidang pertanian dirantau Asia tenggara.


Kegunaan Tongkat Ali

Secara amnya tumbuhan Tongkat Ali mengandungi beberapa jenis komposisi kimia seperti Eurycomanol, Eurycomanone, dan Eurycomalactone yang mengandungi nilai perubatan yang begitu tinggi dan berharga. 

Dahulunya ia hanya digunapakai oleh orang-orang kampung atau luar bandar untuk tujuan perubatan tradisional sahaja dan bukan bertujuan untuk komersial - akar Tongkat Ali direbus dan dijadikan sebagai ubat sakit kepala, sengal-sengal tulang belakang dan sakit perut. Di Kemboja, Tongkat Ali berfungsi untuk meneutralkan bisa racun dalam badan, merawat demam kuning, dan kembung air manakala di Indonesia, ia digunakan untuk mengurangkan demam, melegakan mana-mana bahagian badan yang bengkak dan air rebusan Tongkat Ali ini juga sesuai dijadikan amalan sebagai minuman tonik kesihatan selepas bersalin mengikut kadar yang dibenarkan. Masyarakat di Vietnam pula menggunakan buah dan bunga daripada Tongkat Ali untuk merawat sembelit.





Kelebihan Tongkat Ali:

a.    Sebagai anti-oksidan (tujuh kali ganda lebih tinggi daripada Kacip Fatimah)
b.    Sebagai diet tambahan harian
c.    Berupaya mengurangkan kolesterol
d.    Berupaya menaikkan paras testosteron
e.    Berupaya mengurangkan paras gula dalam darah
(pastikan anda merujuk dengan doktor perubatan sebelum mengambil suplimentasi)
f.    Boleh ditanam sebagai pokok landskap


Sesi soal-jawab dengan En. Awang  Ahmad Bin Mohd Yunus

1.    Bolehkah air rebus daripada akar Tongkat Ali diminum terus?
Air rebusan boleh diiminum terus tetapi dos yang diberikan haruslah dipastikan sesuai.
Contoh:
100 gram akar akan menghasilkan 3 gram ekstrak kering Tongkat Ali, dan penggunaan yang disyorkan adalah 50 mg sahaja.  Ini bermakna Cuma 1.5 gram akar kering diperlukan.


2.    Mana yang memberikan kesan sampingan yang minimum, air rebusan atau hasil ekstrak?
Hasil ekstrak lebih berkesan.  Ini kerana air rebusan amat pahit dan disamping itu kapsul lebih cepat tindakbalas dan kandungan adalah seragam.

3.    Apakah rekomendasi jenama/syarikat yang mengeluarkan Tongkat Ali untuk pengguna di Malaysia?
Jenama yang saya syorkan adalah Biotropics,  Ini kerana ianya dihasilkan dengan kaedah yang saintifik dan sumber yang digunakan adalah jelas.

4.    Bagaimana Tongkat Ali berbeza/sama daripada Viagra?
Tongkat Ali bertindak sebagai makanan tambahan dan lebih kepada meningkatkan tahap testoterone dan melancarkan pengaliran darah.  Ia juga adalah dari sumber tumbuhan. Viagra pula adalah dadah yang sintetik atau direkacipta.


Inovasi En. Awang  Ahmad Bin Mohd Yunus

1.    Teknologi tanaman EuryPot
EuryPot berasal daripada Eury= Eurycoma (Tongkat Ali) dan Pot (pasu) dan diperbuat daripada paip PVC dan bahan lain. Ia terdiri daripada tiga bahagian:
a.    bahagian utama (luar)
b.    bahagian kedua (bertindak sebagai system pengumpulan akar)
c.    bahagian bawah (penutup) - ditebuk dengan lubang-lubang kecil supaya air boleh mengalir keluar yang seterusnya akan menggalakkan penumbuhan akar yang lurus.

EuryPot juga mempunyai bahagian untuk tujuan pemotongan akar dan bahagian untuk rawatan pokok. Hasil inovasi ini boleh didapati dalam pelbagai saiz mengikut kesesuaian. Hasil kajian menggunakan EuryPot juga telah menunjukkan bahawa pokok Tongkat Ali yang ditanam semula setelah dipotong akarnya akan tumbuh dengan lebih baik dan sihat dari segi ketinggian, diameter, akar dan daunnya.

Kelebihan penggunaan EuryPot:
a.    Tidak memerlukan kawasan yang luas untuk penanaman.
b.    Sesuai untuk penanaman terkawal.
c.    Membolehkan penuaian akar Tongkat Ali dilakukan tanpa perlu memusnahkan dan mencacatkan pokoknya.
d.    Berjaya menghasilkan akar Tongkat Ali yang lebih lurus dan panjang.
e.    Lebih ekonomikal untuk kegunaan jangka masa yang panjang.

2.    Tongkat Ali dan Ayam = A-yamli
Menurut kajian beliau, ayam ternakan yang diberi makan dengan daun pokok Tongkat Ali yang telah diproses menghasilkan kandungan protein yang lebih tinggi dan lemak yang jauh lebih rendah. Selain itu, ayam-ayam hasil kajian tersebut adalah lebih sihat, mempunyai rasa yang lebih lazat dan tidak perlu diberikan suntikan hormon.


Tahukah anda?

a.    Dos ekstrak Tongkat Ali yang sesuai untuk pengguna lelaki Asia ialah 75 mg per kapsul. Elakkan daripada mengambil sebarangan produk Tongkat Ali kerana dikhuatiri mengandungi elemen merbahaya seperti plumbum!


b.    Lebah adalah “kawan baik” kepada tumbuhan Tongkat Ali.  Ini kerana ia memakan ulat harimau yang boleh menyebabkan kematian mengejut pada pokok Tongkat Ali.

Soalan untuk pembaca:

1.    Berapakah purata dos ekstrak Tongkat Ali yang sesuai untuk pengguna lelaki di Asia?
2.    Apakah nama saintifik Tongkat Ali?
3.    Adakah Tongkat Ali sejenis ginseng?
4.    Adakah Tongkat Ali dituai berdasarkan pokok atau akar?

3 comments:

  1. ASSALAMUALAIKUM EN AWANAG AHMAD....BOLEH TAK SAIFUL TAHU KAEDAH EURY-POT ITU.SAIFUL MEMPUNYAI BANYAK POKOK TONGKAT ALI..TETAPI TIDAK TAHU KAEDAH TANAMAN SUPAYA MENDAPAT HASIL YANG BAIK DAN CEPAT. NOMBOR PHONE SAIFUL 010 8696412

    ReplyDelete
  2. Hello, an amazing Information dude. Thanks for sharing this nice information with us. TONGKAT ALI SINGAPORE

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢
    💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ReplyDelete