Wednesday 23 October 2019

Aktiviti Untuk Si Kecil Bersama Ibu Bapa Juga Tersedia di Petrosains Science Festival 2019!



Petrosains Science Festival 2019 kini kembali lagi! Kali ini Petrosains Science Festival akan diadakan pada 1-3 November 2019.  Terdapat pelbagai jenis aktiviti menarik yang akan berlangsung untuk semua peringkat usia. Tidak ketinggalan tersedia juga aktiviti khas untuk si kecil bersama  ibu bapa. Untuk kanak-kanak kecil; anda bolehlah mencuba aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung di PlayLab, Petrosains, KLCC. Terdapat dua jenis aktiviti yang diadakan di PlayLab iaitu:


1) Super Animal Circuit


Aktiviti 'Super Animal Circuit' ini memerlukan mereka menggunakan mesin jahitan untuk menghasilkan topeng dengan kain felt mengikut kreativiti masing-masing dan bentuk yang diinginkan . Seterusnya  dengan menyambung litar LED ringkas, topeng tersebut akan kelihatan lebih menarik dengan nyalaan cahaya LED. Barang-barang untuk menghasilkan 'Super Animal Circuit' ini disediakan sepenuhnya oleh pihak Petrosains dan yang lebih menarik lagi ialah topeng yang sudah siap boleh dibawa pulang. Ibu atau bapa dialu-alukan untuk turut serta dalam menjalankan aktiviti ini bersama anak-anak tersayang.  


Berikut adalah beberapa contoh 'Super Animal Circuit' yang telah siap. 







2) Petrosains 20th Anniversary Pouch Sewing


Aktiviti ini juga adalah aktiviti menjahit untuk menghasilkan 'pouch' yang berbentuk piramid. 




Sama juga seperti aktiviti 'Super Animal Circuit', barang-barang dan peralatan disediakan sepenuhnya oleh pihak Petrosains. 

Jadi, datanglah beramai-ramai ke Petrosains Science Festival  2019! Dapatkan tiket masuk ke Petrosains, KLCC dan anda boleh menyertai aktiviti-aktiviti dan bengkel sains yang disediakan. Maklumat lanjut di sciencefestival.my

Jumpa anda nanti! 






Posted by Nurulhana Mustaffa
Guest Blogger

1 comment: