Friday, 8 November 2013

Kenapa Cili Rasa Pedas?


  
Ramai yang berpendapat bahawa rasa pedas apabila memakan cili adalah kerana biji-biji cili. Tanggapan mengenai pemahaman ini sebenarnya adalah tidak tepat. Pada lewat tahun 1990an, saintis telah mengenalpasti bahawa rasa cili yang pedas sebenarnya berpunca oleh bahagian putih yang terdapat di sekeliling biji-biji cili ataupun juga dikenali sebagai plasenta. Terdapat bahan kimia di dalam plasenta cili iaitu kapsaisin (kap-sai-sin). Kapsaisin ini sebenarnya yang menyumbangkan rasa pedas atau rasa terbakar di dalam cili.
Deria rasa di dalam mulut manusia adalah sensitif terhadap rasa terbakar ini dan ia di hantar ke otak manusia melalui sisitem saraf dan diterjemahkan sebagai rasa pedas. Sedangkan rasa terbakar ini boleh juga dikenalpasti oleh deria yang lain pada manusia. Sekiranya kapsaisin dapat dikesan pada deria rangsangan yang lebih sensitif seperti pada bahagian mata, maka mata kita akan menerima kesan dari rasa terbakar oleh kapsaisin itu.


Kapsaisin bersifat hidrofobik ataupun dengan kata mudah 'fobia-air' . Dari segi etimologinya hidro bererti 'air' dan fobik bererti 'tidak suka'. Molekul kapsaisin tidak suka pada molekul air. Hal ini boleh dikaitkan dengan cara untuk menghilangkan rasa pedas. Dengan cara mengambil bergelas-gelas air minuman untuk menghilangkan pedas sebenarnya tidak akan memberi kesan apa-apa.
Jadi cara yang terbaik untuk menghilangkan rasa pedas adalah dengan pengambilan bahan lain selain air seperti susu kerana kapsaisin sedia untuk melarut di dalam makanan berunsur lemak.

Pada kebiasaannya, kita akan membuang biji-biji cili untuk meyediakan masakan di rumah kerana ia difahamkan ia tidak elok untuk sistem pencernaan manusia. Ia juga dikhuatiri akan menyebabkan rasa pedas kepada masakan yang disediakan. Setelah mengetahui sebab sebenar ini, maka kita juga akan membuang bahagian plasenta cili bagi mengelakkan rasa pedas dalam masakan.








Posted by Ayu
Learning Specialist, Petrosains



4 comments:

  1. Tp knp pd bhgian rasa pd lidah hanya ada masam manis masin dan pahit sahaja dan tiada pedas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerana masam, manis, pahit dan masin adalah deria rasa pada lidah (pemakanan). Ada khabar mengatakan bahawa saintis telah menjumpai lagi dua deria rasa pada lidah; savory (sedap) dan disgust (loya). Tetapi ia bukan bererti lidah hanya ada deria itu. Tetap juga ada deria yg sama seperti terdapat pada kulit seperti sakit, panas, sejuk dan lain-lain. Dan kapsaisin memberikan kesan panas (sakit) pada lidah. Lalu otak menganggapnya sebagai 'pedas'.

      Delete
  2. Dear Adrina,
    Deria rasa kita sebenarnya adalah sangat kecil dan berada pada keseluruhan lidah. Sila rujuk https://www.facebook.com/petrosains/photos/pb.300474268679.-2207520000.1422606019./10152370062173680/?type=3&theater

    ReplyDelete
  3. Thnks For The Information .. And I Want To Ask One More Thing , Mcm Mana Pulak Dengan Rasa Tawar ?? Macam Mana Boleh Terjadinya Rasa Tawar ?? Kalau Mcm Pedas Kan Sebab Panas , So Otak Menganggapnya Sebagai Pedas .. Jadi Kalau Tawar Macam Mana ?? Mohon Pertimbangkan Soalan Saya .. TQ

    ReplyDelete