Friday, 11 September 2015

Alami Pengalaman Menakjubkan di 'ILLUSION'!


Kunjungan ke pameran ILLUSION memang memberikan satu pengalaman yang akan menguji deria kita! Tahukah anda, kadang-kala tanggapan kita berbeza dengan apa yang kita lihat? Pameran ILLUSION mempersembahkan sesuatu yang menakjubkan dan menjemput kita untuk mengetahui bagaimana tanggapan membentuk pandangan, rasa dan pemahaman terhadap dunia. 

Bertemakan 'Minda Memperdaya Mata' ataupun 'Nothing Is As It Seems' merupakan satu pameran  yang membuat pengunjung menggunakan deria-deria lalu menjelaskan persepsi dan mencetus otak supaya berfikir menggunakan gabungan sains, seni dan psikologi merangkumi bermulanya dari laluan masuk ke ruang pameran.
Laluan masuk yang turut mempertontonkan pengalaman ILLUSION

Pameran ini pernah dipamerkan di Charlotte, North Carolina dan San Diego, California. Kini, pameran ini berada di Petrosains, KLCC dan juga merupakan lokasi pertama di Asia, di mana menjadikan ianya pameran yang 'wajib' dan 'amat berbaloi' untuk dikunjungi.
Pintu masuk pameran


3 perkara yang mesti kita cuba!
1: Virtual Barbershop
Singgah sebentar di kedai gunting rambut di dalam pameran ILLUSION. Duduk dan pakai fon kepala. Dengar bunyi! Bunyi yang didengari menyebabkan anda  merasai seolah-olah rambut anda sedang di gunting! 




2: 'Delicate Boundaries'
Anda pasti terpegun melihat pepijat merayap pada kulit anda. Sekumpulan pepijat sedang berkumpul dapat dilihat di dalam skrin. Kemudian apabila skrin disentuh, pepijat ini bergerak ke arah titik sentuhan. Pepijat ini seolah-olah cuba keluar dari skrin dan meninggalkan alam mayanya dan membuatkan penonton terpegun.



3: Columba
Anda pasti terpegun melihat rupa bentuk misteri yang terapung muncul dari himpunan bintang iaitu buruj Columba Noachi, atau Merpati Nabi Nuh dalam Bahasa Latin; iaitu satu simbol perkembangan kesedaran kerohanian. Ia memaparkan seorang budak perempuan yang duduk dalam limpahan bintang kristal kuarza yang bergemerlapan. Columba pada asalnya dihasilkan secara digital dalam bentuk pemetaan tiga dimensi, kemudian diukir dengan tangan menjadi ribuan titik bercahaya pada ratusan gentian optik.



Jangan ketinggalan! Datanglah dan alami banyak lagi perkara menakjubkan dalam ILLUSION!




Kunjungi pameran Illusion: Nothing Is As It Seems dan Lihat Dunia Berubah Di Depan Mata Anda di Petrosains, KLCC dari 4 September 2015 - 10 Januari 2016!
Maklumat lanjut boleh didapati di  



Posted by Ayu
Petrosains

1 comment: