Thursday, 18 December 2014

Yang Mana Satu Cacing Jantan, Yang Mana Satu Cacing Betina?




Yang mana satu cacing jantan dan yang mana satu cacing betina? Bagaimana untuk membezakan jantina mereka? Cuba perhatikan pada keadaan fizikal cacing tanah seperti dalam dibawah. Bolehkah kita mengetahui yang mana satu memiliki organ pembiakan jantan dan yang mana satu memiliki organ pembiakan betina?


Sebenarnya, memang tiada perbezaan daripada segi fizikal pada cacing tanah yang boleh membezakan jantinanya. 

Cacing tanah adalah 'hermafrodit' iaitu memiliki kedua-dua organ pembiakan seks jantan dan betina pada setiap seekor cacing tanah. Walaubagaimanapun, seekor cacing tanah perlu mengawan dengan cacing tanah yang lain bagi menghasilkan telur supaya spesies ini akan terus membiak. 
Kokon cacing tanah yang seakan-akan menyerupai bentuk buah lemon
Imej kredit: U.S. Department of Agriculture
Gambar diatas adalah kokon cacing tanah. Telur-telur yang terhasil daripada  proses pembiakan akan berada di dalam kokon sebelum ia matang untuk menetas keluar. Pada kebiassannya, terdapat satu telur atau lebih dari satu telur dalam setiap kokon.

Cacing tanah mungkin menggelikan tetapi spesies ini memiliki banyak keunikkan semulajadinya yang tersendiri. Berikut adalah di antara pautan yang dicadangkan bacaan selanjutnya:
http://ecowatch.com/2014/03/08/10-facts-about-earthworms/
http://www.biologyjunction.com/earthworm%20facts.htm





Pelajari dengan lebih mendalam tentang cacing tanah dan mencuba untuk menyentuhnya di Petrosains bersempena Face Your Fears! sehingga 4 Januari 2015 ini











No comments:

Post a Comment