Friday, 14 February 2014

'Butterfly' Itu Kupu-kupu & 'Moth' Adalah Rama-rama




Keliru tetapi ia adalah fakta.  Ramai yang beranggapan sebaliknya tetapi ini adalah kebenarannya. Ada juga segelintir yang langsung tidak pernah mengambil berat tentang perkara ini.  Apabila setiap kali ternampak ia berterbangan, terus dikatakan ia adalah rama-rama walaupun sebenarnya ia adalah seekor kupu-kupu. Tetapi bagaimana untuk mengetahui  samada ia adalah kupu-kupu atau rama-rama?

Butterfly itu ialah kupu-kupu dan bukannya rama-rama. Moth ialah rama-rama. Acapkali sekiranya ia kelihatan menghinggapi bunga pada waktu petang, itu adalah kupu-kupu. Kupu-kupu adalah diurnal ataupun aktif di siang hari manakala kebanyakkan rama-rama adalah nokturnal ataupun aktif pada waktu malam.
Secara fizikalnya, kupu-kupu memiliki sayap yang 'cantik' kerana berwarna-warni. Kupu-kupu mempertahankan diri dengan memberikan isyarat melalui warna sayapnya yang terang terhadap pemangsa. Manakala rama-rama pula memiliki sayap yang tidak berwarna terang. Selalunya rama-rama lebih cenderung memiliki warna-warna semulajadi seperti  coklat, kelabu, hitam dan coklat kehitaman.

Tetapi perbezaan di antara kedua-duanya boleh juga dikenalpasti berdasarkan bentuk sesungut. Kupu-kupu biasanya mempunyai sesungut yang lurus dan berbentuk seperti belantan di hujungnya. Rama-rama pula mempunyai sesungut lurus tetapi berbulu. Perhatikan gambar di bawah untuk penjelasan yang lebih terperinci.


Selain itu,  sayap kupu-kupu terlipat tegak semasa ia dalam keadaan rehat. Rama-rama pula akan mengembangkan sayapnya dalam keadaan rehat. Cuba teka samada gambar di bawah adalah seekor kupu-kupu atau rama-rama?





Posted by Ayu
Learning Specialist, Petrosains






3 comments:

  1. indonesia : rama-rama = ngengat

    ReplyDelete
  2. maaf ye. bukan orang menganggap butterfly tu kupu-kupu. rama-rama lebih terkenal dalam kehidupan masyarakat malaysia. munasabahnya, yang cantik lebih dekat di mata. jadi, sudah tentu rama-rama itu butterfly. saya hairan bagaimana ada orang faham sebaliknya. pendapat saya, penyumbang wikipedia tu salah.😊

    ReplyDelete