Showing posts with label pelantar minyak. Show all posts
Showing posts with label pelantar minyak. Show all posts

Friday, 20 December 2019

Pernahkah Anda Kunjungi Pelantar Minyak di Tengah Bandar?


Pintu gerbang Oil Platform, Petrosains
Di Petrosains, The Discovery Centre telah menyediakan model platform lebih kurang sama dengan pelantar minyak sebenar yang dikenali sebagai Oil Platform Petrosains A. Semua model telah dibina dengan skala asal seperti di pelantar minyak. Kebanyakkan alat yang disediakan di pameran ini adalah alat yang sebenar. Terdapat pelbagai model pelantar minyak untuk anda alami di sini. 

Kawasan di aras atas Oil Platform
Kawasan di aras bawah Oil Platform
Kawasan di Oil Platform ini akan membuatkan anda rasa seakan-akan anda berada di pelantar minyak yang sebenar. Malah, di sekitar pameran ini terdapat video dan kuiz yang secara tidak langsung mengajar anda sedikit sebanyak tentang pelantar minyak.

Escape Chute
Jika anda seorang yang berani untuk mencuba sesuatu yang mencabar, anda boleh mencuba Escape Chute seolah-olah anda sedang keluar dari pelantar yang berada dalam kebakaran. Ini adalah salah satu pameran yang boleh anda cuba di pelantar minyak ini.

PPE / Personal Perpective Equipment
Anda juga boleh mencuba memakai Peralatan Perlindungan Peribadi atau dikenali sebagai PPE / Personal Protective Equipment di pelantar minyak ini. Terdapat pelbagai saiz yang mereka sediakan, anak kecil jugak boleh mencubanya. Peralatan Perlindungan Peribadi melindungi penggunanya daripada risiko kesihatan dan keselamatan di tempat kerja.

Personnel Transfer Basket
Terdapat pelbagai lagi pameran yang ada di Oil Platform ini antaranya ialah rentetan gerudi, Personnel Transfer Basket, dan banyak lagi. Kunjungi Petrosains, The Discovery Centre sekarang untuk alami pengalaman anda sendiri berada di pelantar minyak di tengah bandar. Maklumat lanjut, anda boleh layari kami di www.petrosains.com.my



Posted by Al-Ruqaiyah
Guest Blogger


Tuesday, 31 December 2013

Terbaik Petrosains 2013!



Berteras dan bersandar pada 'Creating Wonder', Petrosains The Discovery Centre telah menyediakan pelbagai program-program pendidikan sains yang menarik merangkumi  pelbagai variasi pendekatan khusus untuk seluruh penduduk di Semenanjung Malaysia mahupun di Sabah dan Sarawak. Program-program yang disediakan bersesuaian untuk semua lapisan masyarakat dan peringkat usia. Tidak ketinggalan juga pusat satelit mini Petrosains yang beroperasi di negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Playsmart Johor Bahru, Playsmart Kuantan dan Playsmart Kota Kinabalu. Ini termasuklah pameran Dinotrek 2 yang menceritakan tentang penemuan semula cicak gergasi ataupun dinosaur yang turut menyajikan pelbagai program yang sememangnya unik dan tersendiri. Himpunan bahan-bahan pendidikan sains terbaik juga turut menemui para pengunjung maya di laman sesawang kami www.petrosains.com.my dan di Petrosains Blog www.petrosains.com.my/blog. Kompilasi bahan-bahan tulisan ringkas berunsur sains juga terdapat di laman media sosial Facebook Petrosains - The Discovery Centre, Twitter @petrosains dan di Instagram @instapetrosains.

Saban tahun Petrosains terus berusaha menyediakan program-program menarik untuk tidak menghampakan para pengunjungnya. Begitupun, 2013 sekali lagi merupakan tahun kejayaan di mana  kemeriahan terbaik Petrosains dirasakan menerusi  Petrosains Science Festival yang dijalankan dari 22 Oktober sehingga 27 Oktober 2013. Sorotan yang paling menyerlah bagi tahun 2013 dan juga merupakan acara yang diadakan buat julung kalinya ini menghimpunkan saintis-saintis yang mempamerkan penemuan dan inovasi saintifik terkini, bengkel-bengkel sains, aktiviti-aktiviti sains interaktif, pendedahan informasi terkini mengenai kesan dan pendekatan penggunaan laman media sosial serta banyak lagi. Pembabitan dari pelbagai pihak dalam menjayakan program ini mencatat bilangan pengunjung yang amat memberangsangkan.



Selain itu, Pertandingan Pertunjukan Sains anjuran Petrosains untuk pelajar-pelajar sekolah menengah seluruh Malaysia dikatakan sebagai  sorotan kedua terbesar. Pertandingan ini secara langsung dapat memupuk minat para pelajar untuk mendalami ilmu sains dan dapat mengubah persepsi terhadap mata pelajaran ini dari sesuatu yang rumit kepada amat menyeronokkan.

Keunikan Petrosains terserlah apabila 'pelantar minyak' dipilih sebagai bahan pameran yang paling diminati. 'Simulator helikopter' dan 'Perjalanan Sekilas Masa'  juga dikatakan popular dikalangan pengunjung daripada maklumat maklumbalas yang diterima. 
Program-program lain seperti Program Bersama Saintis, program bersama guru, program -program yang diwujudkan khas untuk pelajar-pelajar sekolah dan banyak lagi secara tidak langsung memberikan kesedaran kepada murid-murid dan masyarakat tempatan untuk meminati sains dan menjadikan Petrosains sebagai satu tempat untuk mempelajari sains.

Sains dimana-mana! Itulah Petrosains yang telah membuka minda dan menjana semua termasuk golongan pendidik untuk melangkah kehadapan dalam pembelajaran dan pendidikan sains melalui pendekatan 'hands-on' mampu memberi manfaat terhadap generasi kini untuk masa akan datang!

Petrosains amat menghargai maklumbalas dari para pengunjung yang hadir mahupun melalui laman media sosial kami. Segala yang baik harus di teruskan manakala kami pasti akan menitikberatkan apa sahaja perkara yang perlu diperbaiki pada masa akan datang demi ke arah mencapai pusat sains bertaraf dunia.

Jadi, mengapa anda perlu kembali ke Petrosains pada tahun 2014? Sudah pasti kerana sorotan dan paparan program sains yang lebih menarik menanti anda!


Selamat Menyambut Tahun Baru 2014!








Posted by Ayu
Learning Specialist, Petrosains