Apabila ada perayaan seperti hari jadi, salah satu hiasan yang selalu ada ialah belon dengan pelbagai warna dan bentuk.
Belon boleh mengembang apabila diisi dengan udara. Ia boleh dilakukan dengan mengepam belon menggunakan alat pengepam belon, mengisinya dengan gas helium atau meniupnya dengan mulut anda sendiri.
Udara yang diisi ke dalam belon dapat membuatkan belon itu mengembang kerana belon itu diperbuat daripada getah iatu bahan yang elastik. Apabila udara memasuki belon, udara akan mengisi ruang kosong di dalam belon dan udara itu akan memberi tekanan pada belon itu sehingga belon mengembang. Walaupun ianya elastik, belon juga boleh meletup jika terlalu banyak udara yang dimasukkan ke dalamnya. Ini disebabkan oleh daya keanjalannya yang telah mencapai had maksimum.
Selain daripada tiga kaedah ini, anda juga boleh membuat belon mengembang tanpa perlu meniupnya, mengepamnya atau mengisinya dengan gas helium. Kita hanya perlu memegang belon yang masih kempis itu untuk sementara waktu, kemudian lihat belon itu mengembang.
Wah hebat sekali, ya! Bagaimana cara untuk melakukannya ?
Rahsia bagaimana belon dapat berkembang walaupun kita tidak meniupnya adalah dengan menggunakan dua bahan yang boleh diperoleh di dapur. Dua bahan itu adalah sodium bikarbonat dan cuka yang sering digunakan oleh ibu untuk memasak.
Rakan-rakan, adakah bahan itu ada di dapur anda? Sekirannya ada jom kita sediakan bahan seterusnya! Selain cuka dan sodium bikarbonat, anda juga harus menyediakan belon. Kemudian, sediakan juga sebuah botol plastik dan corong yang diperbuat daripada kertas.
Ayuh, jom mulakan! Saksikan video ini untuk megetahui bagaimana caranya!
Wah, belon sudah mengembang! Mudah saja, kan? Cuka dan sodium bikarbonat ini tidak merbahaya tetapi memerlukan pengawasan. Cubalah bersama keluarga anda ... pasti akan teruja!
Salah satu aktiviti silap mata yang popular ialah aktiviti yang melibatkan perubahan warna sesuatu. Cubalah aktiviti demonstrasi pertukaran warna sesuatu bahan larutan ini. Ia bukan sahaja satu ilusi visual yang menarik tetapi juga pasti akan menarik minat audiens untuk mengetahui lebih lanjut tentang sains terutamanya sains kimia!
Apa yang diperlukan?
Kobismerah
Air suling (distilled water)
Periukdanpemanas
Penapis
Sebarang asid lemah (cuka atau limau)
Sebarang alkali lemah (sabun mandi atau sabun pencuci pinggan)
Cawan atau gelas untuk meletakkan bahan eksperimen
Suduplastik
Apa yang perlu dibuat?
1. Potongkan kobis merah dan rebuskan beberapa minit.
2. Selepas sejuk, tapis untuk mengasingkan hirisan kobis. Labelkan jus sebagai "larutan penunjuk"
3. Sediakan sekurang-kurangnya 3 gelas atau cawan. Letakkan kesemuanya dengan satu per empat "larutan penunjuk".
4. Labelkan bekas pertama dengan "asid". Tuangkan cuka sedikit demi sedikit pada "larutan penunjuk" di dalam bekas yang berlabel "asid". Perhatikan perubahan warna.
5. Labelkanbekasketigadengan "alkali". Tuangkan air sabun sedikit demi sedikit pada "larutan penunjuk" di dalam bekas yang berlabel "alkali". Perhatikan perubahan warna.
6. Labelkan bekas kedua dengan "kawalan/larutan penunjuk".
Apakah yang berlaku?
Apabila kita didihkan hirisan kobis merah, kita telah mengekstrak sejenis kumpulan pigmen molekul bernama anthocyanin. Molekul anthocyanin boleh bertukar warna bergantung kepada pH persekitarannya. Sebab itulah ia boleh digunakan sebagai larutan penunjuk atau menentukan pH sesuatu larutan. Eksperimen ini menunjukkan sama ada sesuatu bahan itu asid atau alkali tetapi bukannya nilai pH yang tepat. Anthocyanin bertukar menjadi warna merah jambu di dalam larutan berasid, ungu kemerahan di dalam larutan neutral dan hijau di dalam larutan beralkali.
Tahukah anda?
Kita juga boleh menentukan sama ada sesuatu sampel bahan itu berasid, beralkali atau neutral dengan merasa makanan tersebut atau mengujinya dengan kertas litmus. Kertas litmus ialah kertas yang dirawat dengan penunjuk yang spesifik iaitu campuran 10-15 pewarna semulajadi yang didapati daripada liken (lichens), sejenis tumbuhan yang berwarna hijau, kuning atau kelabu yang tumbuh di atas batu. Pewarna itu akan berubah warna menjadi merah di dalam kehadiran persekitaran berasid (pH < 7) dan biru di dalam kehadiran persekitaran beralkali (pH > 7). Apabila pH persekitarannya neutral (pH = 7) pewarna menunjukkan warna ungu.
Selamat mencuba!
Ikuti kesemua 9 siri “Ilusi dan Sains” seperti berikut:-
Kunjungipameran Illusion: Nothing Is As It Seems dan Lihat Dunia Berubah Di Depan Mata Anda di Petrosains, KLCC dari 4 September 2015 - 10 Januari 2016!