Ada tiga aspek dalam sesebuah pembelajaran iaitu (1) arahan, (2) soalan, dan (3) pernyataan.
(1) ๐๐ฟ๐ฎ๐ต๐ฎ๐ป
Ini adalah satu-satunya aspek dalam pembelajaran yang ๐ญ๐ข๐๐๐ค ๐๐๐ฉ๐๐ญ ๐๐ข๐ซ๐๐๐ฎ๐ญ ๐๐๐ซ๐ข๐ฉ๐๐๐ ๐ฌ๐๐ฌ๐๐จ๐ซ๐๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ, tidak mengira abad ke berapa pun pendekatan pendidikan itu diguna pakai sebagai gagasan pendidikan kebangsaan. Ia menjadikan peranan guru kekal relevan hingga akhir zaman.
Guru sebenarnya bukan sekadar hadir untuk murid 'memuat turun' pengetahuan daripadanya tetapi yang lebih besar peranannya adalah menyediakan pengalaman untuk muridnya terokai.
Arahan yang baik menunjuk arah untuk murid kekal dalam konteks pembelajaran yang dihasratkan. Jika sebaliknya berlaku, murid akan hilang arah dan boleh hilang minat kerana terganggu tumpuan.
Guru boleh belajar lebih lanjut tentang keberkesanan 'memberikan arahan untuk mengisi objektif pembelajaran yang dihasratkan' dengan menghadiri kursus-kursus berkenaan perbandingan pendekatan untuk pembelajaran murid.
(2) ๐ฆ๐ผ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป
Setelah menerima arahan daripada guru, murid akan meneroka dalam ruang lingkup yang dibenarkan. Sudah menjadi kesemulajadian dalam meneroka, perkara-perkara yang menghairankannya akan timbul dalam bentuk ๐ฉ๐๐ซ๐ฌ๐จ๐๐ฅ๐๐ง. Sebahagiannya akan diucapkan dan didengari guru dan sebahagian lagi hanya didiamkan. Ia bergantung pada kemahiran guru untuk mencungkil, menggalak, dan memupuknya.
Menetapkan soalan justeru boleh dilakukan bukan oleh guru sahaja tetapi juga oleh murid; apabila keadaan ini berlaku dan menjadi bahagian penting pembelajaran, menjadilah pembelajaran itu '๐๐๐ซ๐ฉ๐ฎ๐ฌ๐๐ญ๐ค๐๐ง ๐ฆ๐ฎ๐ซ๐ข๐'. Inilah jantung hati pendekatan PAK21 - jika ingin ditekankan perbezaan utamanya dengan PAK20.
(3) ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ป๐๐ฎ๐๐ฎ๐ฎ๐ป
Apa yang dimaksudkan dengan pernyataan adalah maklumat atau fakta, atau jawapan kepada persoalan oleh guru atau murid. Adakalanya murid diminta mencarinya tetapi sering juga guru sudah menyiapkannya.
Pernyataan atau jawapan yang hadir akan lebih dihayati murid apabila ia memenuhi persoalannya berbanding soalan yang ditanyakan guru. Jawapan yang ditemukan yang memuaskan rasa ingin tahunya akan kekal lebih lama dalam ingatan murid itu dan ia akan turun ke hati.