Monday 5 August 2019

Pernahkah Anda Menerokai Dunia Molekul di Petrosains?



Apa itu molekul? Molekul ialah zarah neutral yang terdiri daripada dua atau lebih atom yang bergantung dalam kumpulan kecil dan boleh wujud sendirian. Jika anda ingin merasai molekul-molekul di sekeliling anda, marilah bersama kami di Petrosains untuk menerokai Laluan Hidrokarbon.  


Terdapat beberapa molekul yang amat besar di sepanjang laluan ini. Di samping itu kami juga berkongsi ilmu mengenai apa itu polimer di sepanjang laluan tersebut. Laluan Hidrokarbon ini juga merupakan pameran yang paling terawal di dalam Petrosains. Walaupun sudah lama, molekul tersebut masih tergantung teguh sehingga kini. Laluan ini juga amat sesuai untuk anda mencipta kenangan dengan bergambar di kawasan tersebut.


Sila layari laman web kami di www.petrosains.com.my untuk mengetahui lebih banyak infomasi mengenai pameran yang terdapat di Petrosains. Selamat meneroka!   



Posted by Nerina Jaizi
Guest Blogger

No comments:

Post a Comment