Sediakan bahan-bahan seperti di atas untuk membuat aktiviti ringkas sebelum kita terangkan mengenai konsep litar sesiri dan litar selari kepada seseorang. Aktiviti ringkas yang mengambil masa 5-10 minit ini dinamakan teknik pengajaran menggunakan 'set induksi'.
Istilah set induksi selalunya digunakan oleh para guru di sekolah. Tetapi apa itu set induksi? Set induksi adalah sebahagian permulaan suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan untuk membina aliran fikiran pelajar serta menarik minat mereka untuk lebih memberi tumpuan dan fokus kepada pengajaran dan pembelajaran yang hendak disampaikan.
Selain menjalankan aktiviti ringkas seperti ini, pelbagai kaedah lain juga boleh dilakukan seperti teknik penyoalan, alat bantu mengajar, bercerita, motivasi, kuiz, tayangan video, menyanyi lagu dan lain-lain lagi.
Namun penggunaan set induksi tidak hanya terhad untuk guru-guru di sekolah tetapi sesiapa sahaja boleh mencubanya di rumah bersama anak-anak mahupun sesama rakan agar pemahaman tentang sesutu konsep yang dipelajari adalah lebih baik.
Kongsikan idea-idea 'set induksi' anda yang lebih menarik bersama kami di ruangan 'comment' di bawah.
Layari www.petrosains.com.my/learning-bytes/set-induksi/ untuk lebih banyak lagi idea set induksi!