Friday 31 July 2015

Silap Mata, Ilusi dan Sains


Pernahkah anda melihat sesuatu silap mata yang menakjubkan? Jika pernah, cuba ingat kembali perasaan anda. Adakah anda pelik dengan apa yang berlaku? Adakah anda tertanya-tanya bagaimana aktiviti silap mata itu dilakukan?

Apabila seorang ahli silap mata itu menghiburkan anda dengan aktivitinya, dia juga telah mencipta sesuatu ilusi kerana silap mata itu bukanlah sesuatu yang benar-benar berlaku. Ada aktiviti silap mata mudah dan kecil-kecilan. Ada juga aktiviti silap mata yang mencabar dan berskala besar untuk mencipta ilusi yang hebat seperti objek terapung. Ilusi dihasilkan oleh pakar silap mata untuk menakjubkan kita dan seterusnya membuat kita tertanya-tanya bagaimana ia dilakukan. Ahli silap mata banyak menggunakan muslihat. Kebanyakan aksi melibatkan penonton beralih arah pandangan semasa silap mata itu dilakukan.

Tahukah anda pengetahuan sains boleh membantu menghasilkan sesuatu silap mata dan seterusnya mencipta ilusi yang mengejutkan? Banyak aktiviti silap mata menggunakan konsep sains untuk menjayakannya. Banyak juga aktiviti ini akan  menghasilkan suatu ilusi apabila kita melihat sesuatu perkara berbeza dari keadaan sebenarnya. Salah satu aktiviti silap mata ini ialah aksi yang menggunakan ilusi optik. Ilusi optik terjadi disebabkan otak kita tidak dapat mentafsir dengan tepat objek yang dilihat oleh mata kerana gangguan keadaan di sekitar objek. 

Kad ilusi di bawah ialah salah satu contoh ilusi optik. Cuba buat perbandingan di antara sisi kad biru yang pendek dan sisi kad kuning yang panjang.  Adakah kad kuning kelihatan lebih besar? Apakah yang akan berlaku sekiranya anda menukarkan kedudukan kad (kad biru di sebelah kanan dan kad kuning di sebelah kiri)?


Ada pelbagai lagi aktiviti sains yang boleh menghasilkan pelbagai ilusi dan perspektif yang menakjubkan. Ia juga boleh mencabar tentang pengetahuan sedia ada anda tentang sains. Ia bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga dapat membantu kita memahami alam persekitaran kita dengan lebih mendalam lagi.

Aktiviti sains ini bukan sahaja sesuai untuk semua tetapi boleh juga digunakan oleh para ibu bapa dan guru dalam memupuk minat kanak-kanak terhadap sains. Para guru khususnya boleh menggunakan aktiviti sains ini sebagai salah satu inisiatif dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah melalui kaedah “peristiwa bercanggah” (discrepant event). Ia bukan sahaja boleh membantu dalam membuatkan pelajar berasa seronok untuk belajar subjek sains, tetapi juga boleh mencungkil perasaan ingin tahu dan seterusnya mencetus persoalan dan perbincangan yang membina kepada kefahaman sains.


Ikuti kesemua 9 siri “Ilusi dan Sains”  seperti berikut:-

Siri 9/9 : "Pepejal + Cecair = Gas!"
http://www.creating-wonder.blogspot.com/2015/07/siri-99-pepejal-cecair-gas.html




Kunjungi pameran Illusion: Nothing Is As It Seems dan Lihat Dunia Berubah Di Depan Mata Anda di Petrosains, KLCC dari 4 September 2015 - 10 Januari 2016!
Maklumat lanjut boleh didapati di  





Shared by Nor Azhar Ishak
Guest Blogger

No comments:

Post a Comment