Bagaimanakah payung boleh membantu kita mengetahui bagaimana kelawar memburu pada waktu malam? Cubalah aktiviti ini untuk menghasilkan ilusi bunyi yang menakjubkan!
Jam yang berdetik
Apa yang perlu dilakukan :
1. Buka kedua-dua payung itu dan tempatkannya menghadap satu sama lain sehingga pemegangnya bertemu.
2. Susun buku sebagai tempat sokongan supaya pemegang payung itu diletakkan melintang bertentangan dengan payung yang satu lagi.
3. Letakkan jam berdekatan dengan tangkai payung. Hampirkan pendengaran anda kepada tangkai payung yang satu lagi.
4. Anda akan mendengar detikan jam itu seolah-olah jam itu berada berdekatan dengan telinga anda! Ini adalah kerana bunyi dari detikan jam dipantulkan dari satu payung ke payung di hadapannya.
Ketika sesuatu objek bergetar, ia menyebabkan udara di sekelilingnya pun bergetar. Apabila getaran ini bergerak ke arah deria pendengaran kita, kita mendengarkannya sebagai bunyi. Seperti cahaya, getaran juga boleh dipantulkan. Jika kita berada di lembah gunung atau kawasan berbukit bukau, anda akan sering mendengar gema. Ini disebabkan oleh bunyi yang dipantulkan kembali dari satu halangan permukaan yang jauh.
Tahukah anda?
Kelawar menggunakan gema untuk “melihat” di malam hari. Ketika ia mengeluarkan bunyi, ia menuju ke arah objek seperti serangga yang berterbangan dan bunyi ini dipantulkan kembali kepada kelawar itu. Ini membolehkannya mengenalpasti kedudukan serangga tersebut yang akan dijadikan mangsanya. Proses ini juga dikenali sebagai gema lokasi (echolocation) iaitu proses mengesan objek dengan cara mendengar dan mengenal pasti arah kebalikan bunyi.
Selamat mencuba!
Ikuti kesemua 9 siri “Ilusi dan Sains” seperti berikut:-
Siri 1/9 : “Payung Penguat Bunyi”
http://www.creating-wonder.blogspot.com/2015/07/payung-penguat-bunyi-19.html
http://www.creating-wonder.blogspot.com/2015/07/payung-penguat-bunyi-19.html
Siri 2/9 : “Hoverkraf Botol Plastik”
http://www.creating-wonder.blogspot.com/2015/07/hoverkraf-botol-plastik-29.html
http://www.creating-wonder.blogspot.com/2015/07/hoverkraf-botol-plastik-29.html
Siri 3/9 : "Gandakan Tepung Anda!"
http://www.creating-wonder.blogspot.com/2015/07/siri-39-gandakan-tepung-anda.html
http://www.creating-wonder.blogspot.com/2015/07/siri-39-gandakan-tepung-anda.html
Siri 4/9 : "Magika Jus Sayuran"
http://www.creating-wonder.blogspot.com/2015/07/siri-49-magika-jus-sayuran.html
http://www.creating-wonder.blogspot.com/2015/07/siri-49-magika-jus-sayuran.html
Siri 5/9 : "Telur tenggelam timbul"
http://www.creating-wonder.blogspot.com/2015/07/siri-59-telur-tenggelam-timbul.html
http://www.creating-wonder.blogspot.com/2015/07/siri-59-telur-tenggelam-timbul.html
Siri 6/9 : "Ilusi bintang bertukar"
http://www.creating-wonder.blogspot.com/2015/07/siri-69-ilusi-bintang-bertukar.html
http://www.creating-wonder.blogspot.com/2015/07/siri-69-ilusi-bintang-bertukar.html
Siri 7/9 : "Ilusi tangan berlubang"
http://www.creating-wonder.blogspot.com/2015/07/siri-79-ilusi-tangan-berlubang.html
http://www.creating-wonder.blogspot.com/2015/07/siri-79-ilusi-tangan-berlubang.html
Siri 8/9 : "Sebelas paku tergantung"
http://www.creating-wonder.blogspot.com/2015/07/siri-79-ilusi-tangan-berlubang.html
http://www.creating-wonder.blogspot.com/2015/07/siri-79-ilusi-tangan-berlubang.html
Siri 9/9 : "Pepejal + Cecair = Gas!"
http://www.creating-wonder.blogspot.com/2015/07/siri-99-pepejal-cecair-gas.html
Maklumat lanjut boleh didapati di
Shared by Nor Azhar Ishak
Guest Blogger
r/thanksihateit
ReplyDelete