Tahukah anda apa perbezaan mineral dan kristal? Atau kedua-dua ini sebenarnya suatu pepejal yang sama?
Sebenarnya mineral boleh didapati di permukaan bumi dan di bawah tanah. Terdapat sejumlah besar mineral yang mampu dikenal pasti dengan mengkaji warna, bentuk, struktur dan sifat mereka. Emas dan perak antara contoh mineral yang berkilat tetapi ada juga sesetengah mineral yang tidak berkilat. Sebenarnya mineral boleh didapati di permukaan bumi dan di bawah tanah. Terdapat sejumlah besar mineral yang mampu dikenal pasti dengan mengkaji warna, bentuk, struktur dan sifat mereka. Emas dan perak antara contoh mineral yang berkilat tetapi ada juga sesetengah mineral yang tidak berkilat.
Manakala, kristal pula mempunyai struktur yang agak rumit. Kristal diatur dengan atom, molekul atau ion mengikut cara yang tertentu. Oleh itu, turutannya panjang. Kristal dikategorikan mengikut sifat fizikal dan kimia mereka. Kristal boleh mempunyai bentuk dan warna yang berbeza. Oleh kerana nilai estetiknya tinggi, ia digunakan untuk membuat perhiasan. Secara ringkasnya, kebanyakan mineral adalah kristal tapi tidak semua kristal adalah mineral.
Pelbagai pameran interaktif yang disediakan untuk anda |
Sambil menyelam, minum air! Banyak lagi informasi tambahan di sekitar pameran Geotime Diorama, Petrosains mengenai kedua-dua sebatian ini juga tentang penghuni terumbu karang, lapisan batu dan fosil bagi menambah kefahaman anda dalam dunia geologi.
No comments:
Post a Comment