Friday 25 October 2019

Pernahkah Anda Mengunjungi 'Bilik Tiada Penghujungnya'?


'Bilik Tiada Penghujung' atau lebih dikenali sebagai 'Bilik Infiniti' adalah salah satu tarikan paling popular di Petrosains Science Festival. Cermin telah dipasang di sekeliling dan mencipta ilusi optik bagi ruang yang tidak terbatas di dalam bilik infiniti ini. Dihiasi juga dengan lampu-lampu LED & planet-planet yang sangat menarik  untuk pengunjung menerokai bilik ini dan berpeluang bergambar seterusnya berkongsi di laman media sosial.




Bagaimana Bilik Infiniti ini dicipta? Jawapannya adalah apabila cermin dipasang di sekeliling satu ruang, ia akan menimbulkan satu ilusi yang tidak berakhir dengan cahaya – cahaya warna warni oleh lampu LED yang telah dihias di dalam ruangan ini. 'Effect' bijak ini terhasil dengan menggunakan dua cermin, satu cermin yang memantul sepenuhnya dan satu lagi yang mencerminkan sebahagiannya. Cermin penuh memantul di keliling dengan lampu – lampu LED manakala lagi satu cermin diletakkan selari di jarak yang dekat. Apabila lampu – lampu LED ini dibuka ia akan memantul di antara cermin yang telah dipasang. Dengan melihat ke cermin itu, anda akan melihat kesan oleh lampu-lampu LED yang berterusan di dalam cermin itu dan akan mencipta ilusi seperti di dalam angkasa. Cermin selalunya bertujuan membuatkan bilik atau ruang kecil itu semakin besar. Dengan cermin infiniti ini, secara tidak langsung ia mencipta ilusi yang tidak akan berakhir. 


Bilik Infiniti adalah ruangan tanpa batasan kepada pengunjung yang datang ke Petrosains Science Festival untuk mengambil swafoto dan digunakan di laman media sosial anda. Ayuh terokai bersama Bilik Infinti di Petrosains Science Festival 2019. 


Jadi, datanglah beramai-ramai ke Petrosains Science Festival  2019! Dapatkan tiket masuk ke Petrosains, KLCC dan anda boleh menyertai aktiviti-aktiviti dan bengkel sains yang disediakan. Maklumat lanjut di sciencefestival.my

Jumpa anda nanti! 






Posted by Al-Ruqaiyah
Guest Blogger

No comments:

Post a Comment