Thursday 15 February 2018

Limau mandarin dan gejala sakit tekak?



Menjelang musim perayaan pasti kita semua dapat melihat banyak limau mandarin dijual di kebanyakkan tempat. Tidak kira sama ada seseorang itu menyambut perayaan ini atau tidak, sudah pasti kita semua akan memakannya kerana rasanya yang manis dan kandungan vitamin C yang banyak dalam buah ini.

Memang benar limau mandarin sangat kaya dengan vitamin C dan ia sepatutnya menghalang kita daripada pelbagai penyakit. Namun begitu, bilangan pesakit yang menghidap gatal dan sakit tekak serta batuk bertambah sekali ganda dalam musim perayaan. Apa pula kaitannya dengan limau mandarin tersebut? Mengapa ada yang mengatakan sekiranya kita makan buah ini terlalu banyak akan menyebabkan sakit tekak?


Sebenarnya tidak ada kena mengena jika kita makan limau lalu akan sakit tekak. 

Pengusaha buah-buahan memang ada menggunakan sejenis bahan kimia iaitu Sulphur dioxide. Buah limau ini akan direndam terlebih dahulu ke dalam cecair yang mengandungi bahan kimia tersebut sebelum ia dimasukkan ke dalam kotak untuk tujuan melindungi kulit limau dari dijangkiti bakteria, kulat dan serangga dan secara tidak langsung ia bertindak sebagai bahan pengawet supaya ia dapat  bertahan lama sebelum dipasarkan. Video di bawah menunjukkan limau direndam di dalam cecair sebelum ia dipeketkan.



Apakah pula kesan Sulphur dioxide yang terdapat pada kulit limau  tersebut kepada manusia? 

Ia boleh menyebabkan radang dan kesakitan tekak yang teruk, demam dan gejala batuk kering yang berpanjangan. Ia juga boleh menyebabkan sakit perut dan radang usus. Terdapat juga kes alahan seperti radang kulit dan serangan penyakit lelah.

Namun, menurut pemantauan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sekitar tahun 2015 menyatakan tiada Suphur dioxide pada buah-buahan segar termasuk limau mandarin yang diimport masuk ke negara kita. Sekiranya ada, kadar Sulphur dioxide yang dibenarkan adalah tidak melebihi 10mg. 


Apapun jua, langkah berjaga-jaga lebih baik di ambil oleh semua agar kita dapat menjaga kesihatan. Berikut adalah langkah berjaga-jaga yang dicadangkan.

Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?
1: Basuh atau rendam dahulu buah limau ini dan kemudian barulah dimakan.
2: Pastikan jari yang terkena kulit limau yang tidak dibasuh tidak tersentuh dengan isi limau yang hendak dimakan. 
3: Sekiranya perlu, pakailah sarung tangan plastik ketika mengopek limau!



Sumber:  Dr Rosli Abd Jalil





Posted by Ayu
Petrosains Blogger 

No comments:

Post a Comment