Tuesday 14 February 2017

3 Sebab Kena Cuba 'Seafood' di Sabah!


'Kalau ke negeri Sabah tetapi tidak cuba makan 'seafood' di sana,  memang rugi la.' Ramai yang bersetuju dengan kata-kata di atas walaupun ada banyak tempat lain yang terkenal dengan hidangan makanan laut. 

Sungguhpun begitu, keunikan makanan laut di Sabah memang tidak dapat dinafikan. Berikut adalah 3 sebab kenapa'seafood' di Sabah adalah terbaik.


1: Kepelbagaian spesies laut 

Kepelbagaian hidupan marin menjadikan Sabah terkenal di kalangan penggemar makanan laut dan pasti menjadi salah satu aktiviti pengunjung ke negeri ini.  Sama ada hidangan premium yang ditawarkan di restoran-restoran terkenal  bertaraf lima bintang atau yang dijual di tepi jalan atau pasar malam, ia tetap menjanjikan kepuasan.  

Pelbagai jenis pilihan termasuklah pelbagai jenis ikan, udang, sotong, ketam, spesies bercengkerang dan yang paling menarik perhatian ialah lobster.




Satu lagi hidupan laut yang tidak kurang menarik dan turut menjadi perhatian di kawasan pantai timur Sabah adalah rumpai laut yang mana usaha pembiakannya banyak dijalankan penduduk yang tinggal di kawasan pinggir pantai. Ini adalah kerana keadaan pesisir pantainya  sesuai bagi pertumbuhan hidupan marin ini.


Mendapat pasaran baik dalam kalangan penduduk tempatan dan di Semenanjung, malah turut dieksport ke beberapa negara bagi penghasilan produk kosmetik dan farmaseutikal, penternakan rumpai laut menjanjikan pendapatan yang baik kepada penduduk yang mengusahakannya dan juga pemandangan menarik. Deretan pancang yang ditanam di laut yang diikat dengan tali dan menjadi tempat rumpai laut diternak dan membesar.

Selain untuk tujuan diatas, rumpai laut juga dijadikan hidangan kerabu yang dicampur kan dengan hirisan bawang, tomato, hirisan cili dan perahan air limau. Sedap!

 Rumpai laut yang dijadikan kerabu


2:  Semuanya 'fresh'

Hidangan makanan laut yang dijual di kebanyakan hotel-hotel, kedai makan, restoran-restoran mahupun di pasar malam adalah yang baru di tangkap dari laut. Peniaga-peniaga ini membeli ikan-ikan di pelabuhan nelayan Kota Kinabalu setiap pagi untuk dijual. Ciri-ciri 'fresh' yang dimaksudkan adalah:-


1. Kenampakan Luar - Cerah, tidak suram (segar) kerana perubahan biokimia belum terjadi, metabolisme dalam tubuh ikan masih normal.

2. Kelenturan Daging Ikan - Ikan segar dagingnya cukup lentur, apabila dibengkokkan akan kembali kebentuk semula.

3. Keadaan Mata - Ikan Segar, biasanya menonjol ke luar, cerah.

4. Keadaan Ruas Badan/Ruas Kaki - Parameter ini biasanya digunakan pada hasil perikanan yang beruas-ruas, misalnya udang, lobster dan lain-lain.







3: Saiz besar

Lihat gambar-gambar di bawah. Saiz udang, ikan dan sotong memang besar. Kebanyakkan hidupan laut di sana bersaiz besar kerana semuanya berasal dari laut dalam iaitu Laut China Selatan. Oleh kerana kepelbagaian dan taburan spesies adalah lebih meluas, jadi rantai makanan adalah lebih besar. Hidupan laut ini lebih mudah mendapatkan makanan setiap hari bagi memenuhi keperluan asas benda hidup.

Lihat saiz udang yang dibandingkan dengan sebuah gayung

Lihat saiz ikan yang dibandingkan dengan alat penimbang

Lihat saiz sotong yang dibandingkan dengan sebuah baldi kecil




.. dan sudah tentu harganya amatlah berpatutan dan boleh dikatakan murah. 
Selamat mencuba!

Butter prawn

Kepah masak cili




Posted by Ayu Royani
Petrosains Blogger   


1 comment: