Cuba ini!
Ambil sebuah bekas plastik kedap udara. Masukkan beberapa Marshmallow ke bekas itu. Kemudian, pam untuk mengeluarkan udara dari dalam bekas itu. Apabila bekas dipam, udara akan keluar dari bekas itu. Jadi kandungan udara dalam bekas plastik itu menjadi hampir tiada ataupun keadaan ini dipanggil 'vakum'.
Teruskan mengepam sambil memerhati perubahan saiz pada Marshmallow. Marshmallow semakin bertambah saiznya apabila semakin banyak udara yang keluar dari bekas itu. Wow! 'Lagi banyak udara keluar, lagi besar saiz Marshmallow'. Apa yang berlaku?
Kemudian tekan pula bahagian tengah penutup untuk memasukkan kembali udara ke dalam bekas plastik tadi. Cuba perhatikan dengan teliti! Apa pula yang berlaku pada Marshmallow? Marshmallow mengecil dan kembali ke saiz asalnya.
Ulang langkah-langkah di atas tetapi kali ini cuba dengan belon pula seperti dalam video di bawah ini;
Apa yang berlaku?
Marshmallow mempunyai banyak poket udara. Apabila udara dipam keluar, tekanan udara di dalam Marshmallow menjadi lebih tinggi berbanding tekanan udara di dalam bekas plastik itu. Ini menyebabkan saiz Marshmallow menjadi besar.
Apabila bahagian tengah penutup bekas plastik itu ditekan, udara akan masuk semula ke dalam bekas dan tekanan udara di dalam bekas menjadi kembali normal. Saiz Marshmallow juga akan kembali kepada saiz asal.
Keadaan di dalam bekas menjadi hampir 'vakum' (ruang tiada jirim) semasa kita mengepam udara keluar dari dalam bekas. Keadaan ini menyebabkan saiz Marshmallow menjadi lebih besar. Jadi, adakah saiz manusia akan menjadi lebih besar sekiranya kita pergi ke ruang angkasa lepas tanpa memakai sut angkasa?
1 Jun 2016 - 30 Jun 2016 !
Maklumat lanjut boleh didapati di
Posted by Ayu Royani
No comments:
Post a Comment