Sejak dari zaman dahulu lagi kita memang telah lama terpegun dengan keindahan Bulan. Banyak lagu telah dicipta untuk menyatakan betapa indahnya Bulan, dan bagaimana Bulan itu mempengaruhi hidup dan perasaan kita. Antara lagu-lagu yang menggunakan Bulan (atau nama lainnya – Purnama) sebagai ‘objek simbolik’ untuk mencurahkan perasaan ialah Oh Bulan (Kembara), Engkau Laksana Bulan (Tan Sri P. Ramlee), Purnama Merindu (Dato’ Siti Nurhaliza), Pelita Di Bawah Purnama (Dayang Erema) dan banyak lagi.
Imej kredit: M Hazeli Petrosains |
Tapi adakah kita benar-benar tahu dan memahami Bulan secara saintifik?
Jadual di bawah menunjukkan kedudukan Bulan di angkasa pada masa-masa tertentu. Cuba anda jejak pergerakan Bulan. Kita boleh lakukan aktiviti ini mulai 15 September nanti.
Sebelum menggunakan jadual di bawah perlu diingatkan bahawa kita beranggapan bahawa Matahari terbit pada jam 6.00 pagi dan tenggelam pada jam 6.00 petang.
Tidak kelihatan, terlalu dekat dengan Matahari
|
6.00
|
12.00
|
6.00
|
|
Bulan Sabit Muda
|
Lewat pagi dan selepas senja
|
9.00
|
3.00
|
9.00
|
Tengahari dan awal petang
|
12.00
|
6.00
|
12.00 tengah malam
|
|
Lewat tengahari dan hampir sepanjang malam
|
3.00
|
9.00
|
3.00
|
|
Bulan Purnama
|
6.00
|
12.00 tengah malam
|
6.00
|
|
Hampir sepanjang malam dan awal pagi
|
9.00
|
3.00
|
9.00
|
|
Lewat malam dan pagi
|
12.00 tengah malam
|
6.00
|
12.00
|
|
Bulan Sabit Tua
|
Awal pagi dan tengahari
|
3.00
|
9.00
|
3.00
|
Tidak kelihatan, terlalu dekat dengan Matahari
|
6.00
|
12.00
|
6.00
|
Satu lagi fakta tentang bulan yang mungkin mengelirukan kita…
Cuba perhatikan kenyataan di bawah
Matahari hanya kelihatan pada waktu siang
Matahari tidak kelihatan pada waktu malam
Bulan tidak kelihatan pada waktu siang
Bulan hanya kelihatan pada waktu malam
Adakah semua kenyataan di atas benar? Cuba gunakan jadual di atas dan juga buat pemerhatian untuk mencari jawapannya.
Untuk pengetahuan anda, sebenarnya Bulan boleh dilihat pada waktu siang, sebagai contohnya bila Bulan berada pada fasa Bulan Hampir Purnama atau Bulan Separa. Tetapi mengapakan sebahagian kita ada yang hanya percaya bahawa Bulan kelihatan pada waktu malam sahaja?
Ini mungkin disebabkan apabila disebut perkataan Bulan, kita sentiasa membayangkan Bulan Penuh atau Bulan Purnama. Memang benar Bulan Penuh atau Bulan Purnama hanya kelihatan pada waktu malam sahaja kerana kedudukannya adalah sentiasa bertentangan dengan Matahari (ia muncul di timur apabila Matahari tenggelam di barat, dan tenggelam di barat apabila Matahari muncul atau terbit di timur). Tetapi pada fasa-fasa lain terutamanya pada fasa Bulan Separa atau Bulan Hampir Purnama, kita sebenarnya boleh melihat Bulan pada waktu siang.
Cuba aktiviti ini :
Lihat ke angkasa pada waktu berikut…
(Untuk kawasan Kuala Lumpur masa selama lebih kurang 1 jam perlu ditambah kepada masa dalam jadual di atas memandangkan kita menggunakan sistem zon untuk menetapkan masa tempatan)
15 September 2015 (1 Zulhijjah 1436). Pada tarikh ini Anak Bulan akan muncul di ufuk barat. Bulan tidak akan kelihatan kerana cahaya Matahari yang sedang tenggelam, juga di ufuk barat, menyukarkan kita melihat Bulan dengan jelas.
21 September 2015 (7 Zulhijjah 1436). Pada tarikh ini dalam jam 4.00 petang sila lihat ke arah timur…anda mungkin dapat lihat Bulan Separa pada kedudukan 45 darjah dari garisan ufuk, walaupun agak kurang jelas.
25 September 2015 (11 Zulhijjah 1436). Pada tarikh ini dalam jam 4.00 petang sila lihat ke arah timur…anda mungkin dapat melihat Bulan Hampir Purnama mula terbit di ufuk timur. Antara jam 4.00 petang sehingga 7.00 petang, Bulan memang dapat dilihat pada waktu siang!
28 September 2015 (14 Zulhijjah 1436). Pada tarikh ini dalam jam 7.00 petang, Matahari akan tenggelam di ufuk barat dan Bulan Purnama akan terbit di ufuk timur. Jam 7.00 pagi keesokannya (29 September, 15 Zulhijjah) Matahari akan terbit di ufuk timur dan Bulan Purnama akan tenggelam di ufuk barat.
2 Oktober 2015 (18 Zulhijjah 1436). Pada tarikh ini dalam jam 7.00 pagi sila lihat ke arah barat…anda mungkin dapat melihat Bulan Hampir Purnama berada pada kedudukan 45 darjah dari garisan ufuk. Antara jam 7.00 pagi hingga 10.00 pagi, Bulan memang dapat dilihat pada waktu siang!
6 Oktober 2015 (22 Zulhijjah 1436). Pada tarikh ini dalam jam 10.00 pagi sila lihat ke arah barat…anda mungkin dapat lihat Bulan Separa pada kedudukan 45 darjah dari garisan ufuk.
14 Oktober 2015 (1 Muharram 1437). Pada tarikh ini, Anak Bulan yang baru akan muncul di ufuk barat. Ia juga menandakan masuknya tahun baru Hijrah (Awal Muharram, Maal Hijrah)
Kunjungi pautan blog di bawah untuk melihat penerangan mengenai pergerakan dan kedudukan Bulan pada fasa-fasa berbeza.
Shared by Saiful Bahri Baharom
Guest Blogger
Saya nak tanya mengapa bulan tidak dapat dilihat pd waktu siang
ReplyDelete