Adakah anda sedar bahawa kita lebih mudah terapung di laut berbanding dengan air sungai? Ini bukanlah satu ilusi tetapi sesuatu konsep sains yang berkaitan dengan perbezaan ketumpatan sesuatu bahan. Cubalah eksperimen mudah ini dan ketahuilah dengan lebih mendalam tentang konsep ketumpatan.
Air
1. Penuhkan gelas dengan air.
2. Masukkan sebiji telur. Adakah ia tenggelam ? Catatkan pemerhatian anda .
3. Keluarkan telur dan masukkan garam sebanyak 2 sudu besar. Kacau sehingga garam itu larut.
4. Masukkan telur sekali lagi. Lihatlah gelagat telur yang tidak mahu tenggelam lagi!
5. Buang kesemua air di dalam gelas itu dan gantikannya dengan air biasa. Masukkan telur itu semula. Cuba ramalkan sama ada ia akan tenggelam ataupun timbul. Catatkan pemerhatian anda .
Telur lebih tumpat dari air biasa dan akan tenggelam ke dasar gelas. Apabila kita larutkan garam ke dalam air, larutan di dalam gelas menjadi lebih tumpat dari telur. Sebab itulah telur itu timbul.
Bahan berlainan dengan isi padu yang sama tidak mempunyai jisim yang sama. Sebagai contoh, bagi isi padu yang sama, besi mempunyai jisim yang lebih berbanding kayu. Oleh itu, besi dikatakan mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi berbanding kayu.
Ketumpatan ialah jisim per unit isi padu sesuatu bahan. Unit ketumpatan ialah gram per sentimeter padu . Ketumpatan boleh dikira dengan menggunakan formula seperti yang ditunjukkan di bawah :
Bagi bahan yang mempunyai isi padu yang sama (air di dalam cawan), air yang dilarutkan garam lebih berat daripada air biasa. Oleh itu air bergaram adalah lebih tumpat daripada air biasa .
Ketumpatan sesuatu bahan bergantung kepada jisim bahan tersebut dan juga susunan zarah-zarah atau isi padu bahan tersebut.
Bahan yang lebih tumpat akan tenggelam di dalam cecair yang kurang tumpat daripadanya. Sebab itulah telur itu tenggelam pada mulanya kerana ia lebih tumpat daripada air biasa.
Bahan yang kurang tumpat akan timbul atau terapung di dalam cecair yang lebih tumpat daripadanya. Sebab itulah telur itu timbul kerana ia kurang tumpat daripada air yang telah dilarutkan dengan garam.
Tahukah anda?
Selamat mencuba!
Ikuti kesemua 9 siri “Ilusi dan Sains” seperti berikut:-
Siri 1/9 : “Payung Penguat Bunyi”
http://www.creating-wonder.blogspot.com/2015/07/payung-penguat-bunyi-19.html
http://www.creating-wonder.blogspot.com/2015/07/payung-penguat-bunyi-19.html
Siri 2/9 : “Hoverkraf Botol Plastik”
http://www.creating-wonder.blogspot.com/2015/07/hoverkraf-botol-plastik-29.html
http://www.creating-wonder.blogspot.com/2015/07/hoverkraf-botol-plastik-29.html
Siri 3/9 : "Gandakan Tepung Anda!"
http://www.creating-wonder.blogspot.com/2015/07/siri-39-gandakan-tepung-anda.html
http://www.creating-wonder.blogspot.com/2015/07/siri-39-gandakan-tepung-anda.html
Siri 4/9 : "Magika Jus Sayuran"
http://www.creating-wonder.blogspot.com/2015/07/siri-49-magika-jus-sayuran.html
http://www.creating-wonder.blogspot.com/2015/07/siri-49-magika-jus-sayuran.html
Siri 5/9 : "Telur tenggelam timbul"
http://www.creating-wonder.blogspot.com/2015/07/siri-59-telur-tenggelam-timbul.html
http://www.creating-wonder.blogspot.com/2015/07/siri-59-telur-tenggelam-timbul.html
Siri 6/9 : "Ilusi bintang bertukar"
http://www.creating-wonder.blogspot.com/2015/07/siri-69-ilusi-bintang-bertukar.html
http://www.creating-wonder.blogspot.com/2015/07/siri-69-ilusi-bintang-bertukar.html
Siri 7/9 : "Ilusi tangan berlubang"
http://www.creating-wonder.blogspot.com/2015/07/siri-79-ilusi-tangan-berlubang.html
http://www.creating-wonder.blogspot.com/2015/07/siri-79-ilusi-tangan-berlubang.html
Siri 8/9 : "Sebelas paku tergantung"
http://www.creating-wonder.blogspot.com/2015/07/siri-79-ilusi-tangan-berlubang.html
http://www.creating-wonder.blogspot.com/2015/07/siri-79-ilusi-tangan-berlubang.html
Siri 9/9 : "Pepejal + Cecair = Gas!"
Maklumat lanjut boleh didapati di
Shared by Nor Azhar Ishak
Guest Blogger
Guest Blogger
No comments:
Post a Comment