Tuesday 2 December 2014

Susun Baju Pun Ada Sains?



Ruang manakah yang hendak dipenuhkan terlebih dahulu apabila kita hendak menyimpan pakaian pada rak baju? Sekiranya rak baju tersebut mempunyai tiga lapisan para, di manakah seharusnya kita menempatkan pakaian-pakaian  yang tebal dan berat? Apakah kesan yang akan berlaku pada rak baju sekiranya muatan pakaian atau apa sahaja benda yang diletakkan di atasnya diletakkan begitu sahaja tanpa meneliti konsep sains di sebaliknya?

Jom lihat video di bawah untuk beberapa contoh aplikasi konsep kestabilan dalam kehidupan seharian seperti bagaimana untuk untuk menyusun baju agar rak baju sentiasa berada dalam keadaan yang stabil.  


Apa yang berlaku?
Pakaian yang tebal dan berat sepatutnya diletakkan pada bahagian bawah sekali pada rak baju manakala yang lebih ringan diletakkan pada bahagian atas bagi memastikan kestabilan rak baju.

Kestabilan sesuatu objek dipengaruhi oleh ketinggian dan keluasan tapak sesuatu objek. Semakin besar keluasan tapak objek, semakin stabil objek itu. Objek yang rendah adalah lebih stabil berbanding objek yang tinggi walaupun objek tersebut mempunyai keluasan tapak yang sama.

Walaubagaimanapun, memang ada banyak perkara yang kita lakukan seharian yang mengaplikasikan konsep kestabilan dan ini hanyalah salah satu contoh sahaja . Jadi, pastikan kita sentiasa meneliti faktor-faktor yang mempengaruhi kestabilan supaya kita dan segala peralatan rumah sentiasa berada dalam keadaan stabil dan selamat!





Posted by Ayu
Learning Specialist, Petrosains




No comments:

Post a Comment