Friday 13 June 2014

Pokok ber'duit' tapi Menumpang



Teringat pada zaman kanak-kanak apabila bermain permainan 'jual beli' lalu akan menggunakan daun sejenis tumbuhan yang melekat pada batang pokok kelapa sebagai duit syiling. Daun pokok ini digunakan kerana rupanya yang 'bulat-bulat' kecil menyerupai rupa duit syiling sepuluh sen. Rupa-rupanya memang nama pokok ini  pokok duit-duit.

Lalu keinginan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pokok unik dan pelik ini semakin mendalam. Yang pastinya pokok ini hidup menumpang kerana ia tumbuh di atas batang pokok yang besar seperti batang pokok kelapa. Itulah salah satu sifat pokok duit-duit ataupun lebih tepat pokok duit-duit sakat ribu-ribu atau nama saintifiknya Pyrrosia piloselloides

Tergolong dalam keluarga pakis, pokok ini merupakan sejenis tumbuhan yang hidup menjalar pada pokok-pokok berbatang besar. Akar rayap halusnya akan merebak di permukaan batang pokok yang ditumpangnya dan melekat pada kulit batang kayu.

Ramai yang berpendapat pokok ini parasit tetapi ini tidak benar. Walaupun menumpang, pokok duit-duit sakat ribu-ribu bukanlah parasit iaitu hubungan simbiosis di antara dua organisma di mana organisma penumpang dalam kes ini pokok duit-duit mendapat manfaat daripada organisma perumah (batang pokok) sehingga menjejaskan perumahnya. Sebaliknya ia adalah tumbuhan epifit iaitu tidak menjejaskan perumahnya dan mampu membuat makanan sendiri. Akarnya yang menjalar tinggi akan menyerap air ketika hujan.


Ia kekadang juga kelihatan menggelikan. Namun tidak hairanlah pokok ini juga dikenali sebagai sisik naga kerana daunnya yang berbentuk bulat, lonjong atau bujur tumbuh tersusun bersilang-silang rapat antara satu sama lain. Daunnya berwarna hijau muda atau hijau gelap dengan ukuran 2-3 cm panjang setiap satu. Daun-daunnya mungkin kecil, tetapi mempunyai kandungan air yang banyak.

Ia membiak melalui spora yang terdapat pada daunnya. Apabila pokok dituip angin, spora-spora matang akan terbang dan jatuh pada pokok-pokok lain disekitar, seterusnya akan membentuk pokok duit-duit baru apabila cuaca lembab atau hujan.

Disebalik penampilan yang biasa, para pengemar aktiviti  berkebun dan lanskap sering kali mengubakannya sebagai aksesori tambahan diatas pohon-pohon yang lain. Rupanya yang tidak terlalu menonjol membuatkan kecantikan pokok lain terserlah dengan mengunakan pokok duit-duit sebagai tambahan.

Kesimpulannya, bukanlah benar-benar pokok ini ber'duit' tetapi digelar sebagai pokok duit-duit kerana rupa bentuknya menyerupai duit syiling. Ia tumbuh menumpang kerana secara tabiinya yang hidup menjalar di atas organisma lain namun tidak akan menjejaskan perumahnya. Namun harus diingat agar kita tidak mengambil daun-daun pokok-pokok ini secara mencabut dan menariknya secara kasar begitu sahaja kerana pokok ini amat bergantung pada akarnya untuk membuat makanan. 



#eww








Shared by Atika Nordin
Intern at Petrosains, The Discovery Centre




6 comments:

  1. benarkah pokok duit duit bukan parasit? saya dapati ada dahan dahan pokok buah yang dipenuhi pokok duit2 ini dahan tersebut akan mati.

    ReplyDelete
  2. Sye ade pergi fielf trip kat satu tasik baru2 ni. Sye jumpe pokok duit-duit ni ade kat 2 pokok besar, x sure pokok ape, tapi tgk pokok2 ni hidup elok je. Tp still confusing sbb ade yg ckp pokok ni parasit. Tp klau bce blo or webpage English, so far x de satu pon yg mention pokok ni parasit. Jadi tak taulah mana satu.

    ReplyDelete
  3. saya ada dusun durian...banyak dahan durian mati kerana pokok duit2 ni.....

    ReplyDelete
  4. Ada tak cara selain cara manual utk hapuskan pokok duit duit dr pokok durian

    ReplyDelete