Wednesday 16 April 2014

Tanah Liat & Kesan Penyejukannya



Nampak kotor serta menggelikan. Tetapi tidak untuk pesawah yang sentiasa bergelumang dengan tanah liat demi untuk mencari rezeki. Sungguhpun begitu, tahukah anda ia mempunyai banyak kelebihan luar biasa seperti ia mampu memberi kesan penyejukan?Apakah ciri-ciri yang ada pada tanah liat sehingga ia dikatakan sangat unik? Apakah pula proses sains yang terlibat?
Rumah yang beratapkan tanah liat
Tanah liat adalah jenis tanah yang memiliki struktur  liang-liang halus. Pada atap rumah yang diperbuat daripada tanah liat seperti dalam gambar di atas, liang-liang halus berfungsi untuk menyerap haba cahaya matahari  dan sekaligus, menghalang haba tersebut memasuki ruang dalam rumah. Ini akan menyebabkan ruang dalam rumah menjadi kurang panas pada waktu siang berbanding rumah yang mempunyai atap yang diperbuat daripada bahan lain.
Kepingan-kepingan atap diperbuat daripada tanah liat 
Manakala air yang disimpan di dalam labu sayung yang diperbuat daripada tanah liat akan menjadi lebih sejuk daripada suhu di sekeliling disebabkan oleh proses penyejatan yang berlaku pada dinding labu sayung, menurut satu kajian teori yang pernah dijalankan di salah sebuah universiti tempatan. Namun, kadar penyejukan air di dalam labu sayung juga dipengaruhi oleh beberapa faktor lain seperti  kelembapan udara, ketebalan dinding labu dan jenis tanah liat yang digunakan untuk membuatnya.

Labu sayung yang diperbuat daripada tanah liat
Menarik, bukan? Kedua-dua fenomena di atas menerangkan kesan penyejukan yang disebabkan oleh bahan yang digunakan iaitu tanah liat. Proses sains yang terlibat untuk kedua-dua keadaan adalah berbeza, membuktikan bahawa tanah liat memang istimewa!





Posted by Ayu
Learning Specialist, Petrosains






1 comment:

  1. Great blog. All posts have something to learn. Your work is very good and i appreciate you and hopping for some more informative posts. Grape Juice Concentrate

    ReplyDelete