Secara keseluruhannya, pameran 'Sultans of Science' yang mencirikan penemuan semula sains Islam merangkumi tokoh-tokoh saintis islam, penemuan -penemuan terawal terhadap pelbagai konsep sains di samping bahan-bahan pameran yang terpilih sebagai perisian ruang pameran ini. Pameran ini telah berada di Petrosains selama 6 bulan dari Disember 2012 sehingga Jun 2013.
Pemandangan di sepanjang laluan pintu masuk ke ruang pameran adalah lain dari yang lain. Sekali pandang pasti kita akan teruja untuk berkunjung ke sini. Sepanjang laluan untuk memasuki ruang pameran, terdapat lukisan wajah-wajah sarjana muslim dan turut disertakan maklumat mengenai sumbangan penemuan mereka terhadap dunia. Di ruang yang cukup indah ini juga, ia berlatar belakangkan alunan muzik arab khas untuk para pelawat agar dapat lebih merasai dan memperhalusi bahan-bahan pameran di samping dapat menimba banyak ilmu pengetahuan tentang penemuan semula sains islam.
Bahan pameran yang menjadi tarikan utama adalah jam gajah ataupun 'elephant clock'. Ini merupakan simbol kepada penemuan semula sains islam dalam menentukan masa. Jam gajah telah direka oleh Al-Jazari, seorang jurutera dan arkitek beragama Islam. Jam ini boleh menunjukkan waktu dan memberi isyarat pergerakan untuk setiap 30 minit. Keunikan rekabentuk jam gajah terserlah oleh gabungan pelbagai jenis haiwan yang menjadi simbol beberapa buah negara.
Bukan setakat itu sahaja malah terdapat di salah satu sudut aktiviti, kita juga berpeluang mempelajarai bagaimana menghasilkan minyak wangi dari rempah ratus seperti bunga cengkih, kayu mais, bunga lawang, jintan manis dan buah pelaga. Staf-staf Petrosains sentiasa bersedia di sudut aktiviti untuk menerangkan lebih lanjut tentang sains di sebalik minyak wangi.
Posted by Ayu
Learning Specialist, Petrosains
No comments:
Post a Comment