Lemang yang telah dimasak dan dipotong |
Lemang merupakan sejenis masakan tradisi yang diperbuat dari beras pulut, santan dan sedikit garam. Uniknya mengenai lemang ini adalah kerana ia dimasak di dalam seruas buluh. Ia dimasukkan ke dalam ruas buluh setelah dilapik dengan daun pisang sebelum dibakar sehingga masak. Kini, lemang boleh diperolehi sepanjang tahun, tetapi lebih meluas semasa perayaan Hari Raya. Lemang lebih sedap sekiranya dimakan ketika masih panas dan ia sering dihidangkan bersama rendang atau serunding.
Lemang yang sudah dimasak |
Buluh lemang adalah di antara tumbuh-tumbuhan yang mempunyai banyak kegunaan. Sejak zaman awal kehidupan manusia, buluh digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian. Buluh digunakan sebagai senjata tajam seperti tombak dan digunakan untuk memotong seperti pisau. Ia juga dijadikan bahan binaan utama untuk membuat rumah masyarakat dulu kala dan beberapa batang buluh diikat untuk dijadikan rakit oleh penduduk yang tinggal di pinggir sungai atau laut sebagai salah satu cara pengangkutan.
Tetapi, mengapakah buluh sesuai digunakan untuk membakar lemang?
Buluh lemang ini tergolong di dalam famili Gramineae. Nama saintifiknya pula adalah Schizostachyum brachycladum. Masyarakat pada zaman dahulu mengunakan sumber bahan-bahan semulajadi yang terdapat di sekeliling mereka seperti buluh untuk memasak. Buluh lemang ini dipilih kerana ruasnya yang panjang, bentuknya yang lurus dan mempunyai ketebalan yang nipis. Bentuk fizikal buluh yang beruas dan berlubang umpama tabung turut membolehkan ia sesuai digunakan untuk memasak nasi atau lemang.
Ketebalan dindingnya yang nipis membolehkan haba daripada arang yang dibakar akan lebih mudah dipindahkan semasa membakar lemang. Sekiranaya buluh yang lebih tebal digunakan maka kita memerlukan lebih banyak masa untuk memasak lemang.
Posted by
Ayu
Learning Specialist, Petrosains
Learning Specialist, Petrosains
No comments:
Post a Comment