Pernahkah anda mencuba untuk membuat aiskrim sendiri
di rumah? Ya, sebenarnya kita mampu membuat aiskrim sendiri dengan menggunakan
bahan-bahan yang mudah diperolehi seharian di samping boleh mempelajari sains
daripada aktiviti yang amat menyeronokkan ini.
Bagaimanakah cara untuk membuatnya? Mudah sahaja. Ia hanya
mengambil masa kurang daripada satu jam. Bahan-bahan yang digunakan adalah secawan
susu segar, 1 sudu gula, sesudu garam, ketulan-ketulan air batu, plastik berzip
kecil, plastik berzip besar, suratkhabar, dua helai tuala dan mangkuk.
Mula-mula, masukkan gula dan susu ke dalam plastik berzip kecil. Kacau campuran tadi dan zipkan plastik itu dengan kemas. Masukkan ketulan air batu sehingga separuh penuh ke dalam plastik berzip yang besar. Kemudian taburkan sesudu garam ke dalam plastik berzip besar yang mengandungi ketulan air batu tadi. Seterusnya, plastik berzip kecil yang mengandungi campuran susu tadi dimasukkan ke dalam plastik berzip besar. Penuhkan plastik berzip besar dengan air batu dan zipkan plastik itu dengan kemas.

Kemudian bungkuskan dengan suratkhabar. Seterusnya ia pula
dibungkus dengan tuala seperti bentuk gula-gula. Akhir sekali, kita perlu
menggoncangkannya selama 10 minit.
Sesuatu yang menakjubkan telah berlaku! Bukakan kesemua
balutan tuala dan suratkhabar dan keluarkan plastik berzip kecil. Aiskrim sudah
pun menjadi! Keluarkan ia dari plastik dan letakkan ke dalam mangkuk untuk di
makan.
Tahukah anda bagaimana telah berlakunya perubahan keadaan
jirim pada campuran susu tadi dari cecair kepada keadaan separa pepejal iaitu
menyerupai tekstur seperti aiskrim. Proses perubahan keadaan jirim dari cecair
ke pepejal dinamakan ‘pembekuan’. Fungsi garam dalam pembuatan aiskrim bukanlah
untuk memberi rasa terhadap aiskrim tadi malah ia berfungsi untuk menurunkan
takat beku ketulan air batu tadi. Ini dapat diperhatikan dengan lebih
terperinci dan jelas sekiranya kita menyukat dan mencatat suhu air batu dengan
menggunakan termometer sebelum dan selepas penambahan garam.
Tentunya setiap orang mempunyai citarasa aiskrim kegemaran masing- masing. Selain menggunakan susu segar, kita juga boleh mencuba untuk menghasilkan aiskrim berperisa lain seperti oren, strawberi dan coklat.

Aktiviti seperti ini memang sesuai dijalankan bersama
keluarga pada masa lapang. Selain dapat mempelajari cara membuat aiskrim, kita
dapat melihat sendiri perubahan keadaan jirim dari satu bentuk ke satu bentuk yang
lain dan memahami proses sains yang terlibat. Tambahan pula ia boleh dijalankan
oleh semua peringkat umur walau di mana saja kerana bahan-bahan yang digunakan
adalah bahan-bahan seharian yang senang diperolehi.
#petrosainsfest
saya baru lepas buat waktu mata pelajaran sains tadi...
ReplyDeleteBodoh
ReplyDeleteKo yang bodoh..entah2 belajar pun tak habis
DeleteKen cakap org je lebih
DeleteBodoh
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deleteselain bersenam leh sejuk badan lepas bersenam haha
ReplyDeleteKenapa buh garam kat ais???? Bodo punya artikal soalan lain jawab lain
ReplyDeleteMengapakah tuala kecil digunakan semasa menggoncang beg plastik?
ReplyDelete